Wednesday, October 5, 2016

Kembali Ke UMNO - Penumbuk Mukhriz Hinggap Di Muka Annuar Musa..


"Saya nak tergelak dengan kenyataan itu.” demikian kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam.

Kenapa nak tergelak?

Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang mempelawa beliau kembali ke UMNO.

Jika semalam ‘nak tergelak’ mungkin kini sudah ketawa berdekah-dekah.

Malah, blog ini semalam turut mengulas tawaran Annuar dengan posting bertajuk "Kesian Dengan Annuar - Mata Kail Tersangkut di Bulu Pipinya Sendiri..."

Ternyata sekali, Annuar bercakap membuat tawaran itu itu bagaikan tidak melihat kepada fakta ‘terpelantingnya Mukhriz  daripada UMNO’ selain siapa atau kedudukan apa Annuar dalam UMNO?

Presiden> Timbalan Presiden? Ketua Penerangan itu jawatan dilantik!

Yang penting bagi bekas Menteri Besar Kedah itu beliau menegaskan, tidak berminat kembali semula kepada UMNO.


Ini penting dan mengukuhkan keyakinan ahli partinya  terhadap diri dan parti berkenaan.

Tegas Mukhriz, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukan sebuah parti sementara yang kononnya akan kembali ke pangkuan UMNO seperti mana berlaku dalam parti-parti sebelum ini.

Parti mitu bukan seperti Parti Melayu Semangat 46.  

"Kami akan kekal, masa untuk Umno telah tamat,” kata Mukhriz.

Malah baginya BERSATU  akan menggantikan peranan yang dipegang oleh UMNO selama ini.

Naib Presiden BERSATU, itu semalam menegaskan  beliau tidak berminat kembali kepada UMNO walaupun parti itu sentiasa bersikap terbuka menerima mana-mana individu menjadi ahli.

Kenyataan Mukhriz itu adalah penegasan sikapnya kerana jika sebelum ini  Presiden UMNO sendiri pernah menawarkan jawatan Timbalan Menteri dan berjanji lepas tiga empat bulan boleh diangkat sebagai menteri penuh sebagai tukaran Menteri Besar Kedah beliau tolak, inikan pula tawaran daripada ketua Penerangan UMNO.

Malah kenyataan  Annuar bagaikan menyindir Mukhriz dan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa  pemimpin UMNO itu mengalu-alukan pernyertaan semula beliau ke dalam Umno sekiranya bercita-cita menjadi perdana menteri seterusnya.

Apakah dengan meyebut sedemikian Annuar mahu mengesahkan kenyataan pihak-pihak tertentu bahawa Mukhriz memang ‘gila’ mahu jadi Perdana Menteri?

Kenyataan  Mukhriz itu  menempelak  Annuar yang  ‘berlagak’ bagaikan beliau ada kuasa untuk menawarkan Mukhriz sedemikian.

Bercakap selepas sidang media isu cadangan jawatan Perdana Menteri Malaysia dihadkan selama dua penggal, Mukhriz menegaskan beliau dipecat bukan keluar daripada parti.

"Kalau Presiden parti sendiri pernah menawarkan jawatan Timbalan Menteri dan dia kata lepas tiga empat bulan boleh diangkat sebagai menteri penuh bagi mengganti jawatan saya sebagai menteri besar, itu pun saya tolak apa lagi satu tawaran dari seorang ketua penerangan," tegas  Mukhriz.

Annuar sepatutnya malu apabila Mukhriz membalas kenyataan ini.  Bagai penumbuk hingga ke muka. Tersungkur Ahli Parlimen Ketereh dibuatnya.
 UMNO Umno bahawa beliau tidak meninggalkan UMNO  sebaliknya dipecat daripada parti itu.

Annuar bagaikan sengaja mempermainkan dua beranak itu apabila menyatakan kesediaan Umno untuk menerima ahli, termasuk Mukhriz sekiranya masih berhasrat kembali ke pangkuan Umno.

Sebelum ini, blogger, Raja Petra Kamarudin menulis, sekiranya Mahathir ingin melihat Mukhriz menjadi perdana menteri, Mukhriz perlu kembali menyertai UMNO.

Kenyataan Mukhriz itu memperkukuhkan keyakinan bahawa BERSATU sedang berkembang pesat, malah jumlah sebenar penyertaan ahli BERSATU  akan didedah dalam masa dua minggu lagi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, buat masa ini pihaknya tidak dapat mendedahkan jumlah penyertaan sebenar memandangkan borang secara manual masih belum dapat dikumpul di setiap negeri.

"Secara jujurnya, saya agak terkejut dengan penyertaan golongan anak muda bawah 30 tahun ke dalam parti ini.

"Selalunya orang kata anak muda tak ambil kisah tentang parti politik, tetapi majoriti yang daftar masuk (ke dalam parti BERSATU) datang dari golongan anak muda," katanya.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, kebanyakan ahli BERSATU didapati tidak pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.

Setakat ini pihaknya sudah edarkan sehingga 200,000 borang dan  masih terima pendaftaran secara atas talian.


Apabila  semua borang sudah dikumpulkan, pihaknya akan umumkan jumlah sebenar ahli.

No comments: