Sunday, October 9, 2016

Duta Amerika Syarikat - Mana Ada Komplot Mahu Jatuhkan Najib?


Komplot media dan kumpulan Amerika Syarikat mahu jatuhkan Perdana Menteri?

Benarkah wujud  komplot sedemikian untuk gulingkan Datuk Seri Mohd Najib Razak?

Siapa dan bagaimana komplot itu melakukan tindakan mereka?

Kenapa mahu menjatuhkan Najib daripada puncak kuasanya?

Rakyat didedahkan melalui media perdana kerajaan, sama ada media cetak serta  media elektronik bahawa beberapa pemimpin Malaysia menuduh Amerika Syarikat – sama ada melalui  media atau orang Yahudi negara itu berkomplot.

Ada mengaitkannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Moahand dan konco-konconya.

Tujuan komplot itu selain menggulingkan Perdana Menteri, juga menjejaskan kestabilan kerajaan dan negara.

Namun, semuanya itu dijawab dan dinafi oleh Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y Yun dengan mengatakannya sebagai ‘tidak berasas’.
  

Juga tak masuk akal, kata Duta Amerika Syarikat itu.

Hubungan baik antara kedua-dua negara membuktikan teori atau tuduhan bersifat dakwaan yang berkisar cubaan Amerika Syarikat menggulingkan Najib dianggap tidak benar sama sekali.

"Hubungan baik ini meliputi tahap tertinggi kerajaan dan setiap menteri dan pegawai Malaysia yang saya temui benar-benar mahu membina hubungan antara kedua-dua kerajaan.

"Jadi, teori sedemikian bagi saya benar-benar tidak berasas dalam realiti dan kredibiliti.

Malah, beliau menegaskan tidak serius melihat perkara ini. Malah menurutnya, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil dakwaan itu secara serius.

Jadi siapa yang serius mengenainya?

Pada bulan Ogos yang lalu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Idris Haron mendakwa penfailan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan skandal 1MDB adalah sebahagian helah politik bagi menjatuhkan Najib.

Idris berkata ia juga sebagai usaha menyingkirkan pemimpin Melayu dari tampuk kuasa.

Idris...saman DOJ helah jatuhkan Najib
DOJ menerusi Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi memohon untuk mendapatkan aset bernilai AS$1 bilion di AS yang didakwa mempunyai kaitan dengan 'kecurian dana' daripada dana pelaburan milik kerajaan Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak bagaimanapun dengan pantas menolak sebarang konspirasi sedemikian oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Beliau tidak meletakkan sepenuhnya kesalahan atas media negara itu.

Namun, bulan lalu, menteri berkenaan menuduh The Wall Street Journal dan The New York Times cuba mencemarkan nama baik isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dalam memburuk-burukkan imej Malaysia.

Sambil ia juga sebagai tindakan menjejaskan kestabilan kerajaan dan menjatuhkan perdana menteri.
  
Dalam wawancara di pejabatnya dengan Malaysiakini diKuala Lumpur, semalam, Yun menganggap teori Salleh itu juga tidak mempunyai kredibiliti, berkata Yun.

Apakah Duta Amerika Syarikat ini sengaja mahu membersihkan dua akhbar - The Wall Street Journal dan The New York Times – yang sering memperkatakan isu 1MDB itu?

"Saya tidak fikir ianya munasabah. Maksud saya, tugas media adalah menyiasat. Itu tugas mereka.


Jadi, saya tidak fikir ada apa-apa agenda di pihak media," kata Yun.

Beliau bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai Duta Amerika Syarikat minggu depan.


Ditanya jika dakwaan sedemikian menjejaskan hubungan Amerika Syarikat-Malaysia setelah ianya datang daripada para pemimpin negara, Yun menambah: "Setiap orang bebas untuk bersuara. Walau menteri boleh menyatakan pendapat mereka."

Yun menjangkakan, pendengaran awam megenai saman sivil DOJ  itu  akan berlangsung tidak lama lagi.

Beliau menjelaskan, ia tidak berunsur politik atau boleh menjejaskan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat.

Yun turut menyatakan berkata beliau tidak tahu menahu berkaitan perkara itu sebagai bukan kes jenayah atau sebaliknya, kerana ia keputusan DOJ.

Isu ini mendapat perhatian antarabangsa dan di negara ini, apabila saman sivil DOJ berkaitan 1MDB diumumkan Julai lalu, timbul dua persoalan di minda orang ramai:

Pertama, bagaimana ia akan jejaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?

Kedua, apa akan jadi pada hubungan Malaysia-Amerika Syarikat?

Untuk soalan pertama, Duta Amerika Syarikat itu pada mulanya agak keberatan berkongsi pandangan.

“Saya rasa saya jawab soalan seterusnya,” katanya sambil ketawa apabila ditanya pandangannya berkaitan soal pencapaian Najib setakat ini.

Dan bila ditanya sama ada beliau ada nasihat untuk Najib – susulan kontroversi 1MDB dan hakikat bahawa Najib ialah Malaysian Official 1 yang disebut dalam dokumen DOJ – Yun berkata: “Saya tiada nasihat (untuk Perdana Menteri) berkaitan perkara itu. Well, selamat berjaya...,” katanya sambil ketawa kecil.

“Tidak, tiada apa-apa (komen).”


Bagaimanapun, dengan nada lebih serius, Yun menegaskan terdapat sebab Riza Aziz, Jho Low, Khadem al-Qubaisi and Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny dinamakan dalam saman DOJ untuk menyita aset berkaitan 1MDB.

Keempat-empat mereka dinamakan dalam pemfailan itu kerana mereka miliki aset di Amerika Syarikat, ” tegasnya.

No comments: