Tuesday, February 28, 2012

Lantik Semula 8 Exco, PAS Kedah Terus Bergolak

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menunjukkan senarai anggota-anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Kedah selepas majlis angkat sumpah barisan Exco di Istana Anak Bukit di Alor Setar, hari ini.

Adalah silap jika ada blogger propembangkang khususnya proPAS mengatakan UMNO mahu ‘menangguk di air keruh’ di atas krisis yang melanda kerajaan PAS Kedah.

Yang menyebabkan masalah ialah Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Exconya serta juga ‘tangan ghaib’ yang dikatakan cuba melemahkan pentadbiran Azizan.
UMNO hanya memerhati dan dalam politik ‘peluang yang datang’ tidak wajar dipandang sebelah mata.

PAS pun sama, menggunakan kemelut politik UMNO pada 2008-2009 untuk sokongan kepadanya dan sehingga kini walaupun kemelut sudah 99 peratus selesai, mereka terus ‘meratib’ perkara yang sama.

Persoalannya walaupun lapan EXco Kedah sudah angkat sumpah dan bersetuju dilantik semula, dua Exco yang enggan itu menunjukkan krisis politik Kedah tidak selesai.

Mereka yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit adalah Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad, Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, Datuk Siti Ashah Ghazali dan S. Manikumar, yang masing-masing menerima tawaran pelantikan semula.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini mengumumkan hanya lapan exco akan mengangkat sumpah jawatan bagi sesi 2012 walaupun lazimnya exco kerajaan negeri dibarisi 10 anggota.

Dua exco sedia ada yang tidak termasuk dalam senarai mengangkat sumpah sumpah hari ini ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr. Ismail Salleh.

Sebelum ini, Phahrolrazi dan Dr. Ismail telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu.

Makna kata, Azizan tidak berdaya ‘memujuk’ dan PAS Pusat pun bagai ‘tidak ada kuasa’memaksa Azizan untuk mengatasi krisis ini.

Kegagalan PAS ini membuktikan negeri yang diperintah olehnya sentiasa menghadapi masalah seperti Terengganu (1999-2004), Perak (jatuh kepada Barisan Nasional selepas menubuhkan kerajaan dengan Menteri Besar dari PAS pada 2008), PAS Selangor pula memecat Exconya Datuk Dr Hasan Ali dan kini di Kedah.

Yang enggan dilantik semula itu bukan orang kecil. Mereka adalah ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang dan Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri, Datuk Dr Ismail Salleh.

Dalam parti Phahrolrazi adalah Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, sementera Dr Ismail adalah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah.

Mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

Tidakah ini mengambarkan bantahan terhadap Azizan berterusan?

Dan siapakah pula dibelakang dua pemimpin PAS negeri yang menentang ‘ketuanya dalam kerajaan dan parti itu?

No comments: