Saturday, December 15, 2012

Rating Najib Naik - Sokongan Pengundi 30 Tahun, Cina & India Meningkat


Daripada www.hambali1.blogspot.com

Apabila satu tinjauan yang dijalankan selepas pengumuman Belanjawan 2013 menunjukkan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meningkat - walaupun satu takah iaitu ke takah 65 peratus pada November berbanding 64 peratus pada Jun tahun ini - media propembangkang jelas tawar hati.

Malaysiakini meletakkan berita itu hanya tiga paragraph sahaja berbanding berita lain yang disiarkan hampir secara penuh.

Ini jelas membuktikan betapa media propembangkang khsususnya Malaysiakini kurang seronok jika rating Najib naik.

Kata Malaysiakini “Belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 itu, yang perlu diadakan sebelum Jun 2013 dilihat sebagai 'belanjawan pilihan raya' yang mencadangkan antara lainnya bayaran tunai kepada isirumah berpendapatan rendah dan golongan muda.


Tinjauan itu dijalankan pusat kajian Merdeka Center di antara 22 Oktober hingga 20 November - kira-kira sebulan selepas pembentangan Bajet 2013, sebelum perhimpunan agung Umno - untuk menilai persepsi pengundi ke atas perkembangan semasa di dalam negara,”

Apapun yang nyata, populariti Najib tetap mengalami peningkatan pada ketika pembangkang berusaha memperkecilkan sumbangan Perdana Menteri.

Berasaskan kajian ini, biarpun orang Melayu belum berubah sikap menyokong Najib namun sikap orang Cina dan India semakin berubah kea rah menyenangi dasar-dasar diperkenalkan oleh Najib.

Kenyataan Merdeka Centre menyebut, sebagaimana dijangka, kajian ini mendapati tahap puas hati ke atas Perdana Menteri bertambah baik di kalangan pengundi berusia 30 tahun, meningkat daripada 61 peratus pada Mei 2012 kepada 68 peratus pada November 2012.

"Peningkatan ini kemungkinan disebabkan fokus ke atas segmen pengundi ini, yang dijanjikan secara langsung dengan bantuan wang tunai, rebat untuk membeli telefon dan juga disebabkan anjuran karnival kerja, aktiviti sosial dan program-program hiburan," kata Merdeka Center.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata tahap populariti Najib di kalangan kaum Cina turut mengalami sedikit peningkatan berbanding kaum Melayu.

"Kajian kali ini didapati tahap populariti Najib di kalangan kaum Cina meningkat. Kemungkinan kerana bajet dan juga tiadanya sebarang isu besar sepanjang tempoh kajian," katanya lagi.

Ibrahim berkata, meskipun tahap puas hati ke atas Perdana Menteri masih tinggi, kajian ini juga mendapati bahawa pandangan pengundi ke atas kerajaan kekal tidak memuaskan, hanya 48 peratus responden mengatakan mereka "gembira dengan kerajaan." Paras semasa tidak berubah berbanding situasi Mei lalu.

"Di kalangan orang Melayu, paras yang mengatakan mereka gembira dengan kerajaan merosot daripada 65 peratus kepada 63 peratus. Bagaimanapun angka membabitkan kaum India meningkat daripada 46 peratus kepada 52 peratus antara Mei dan November lalu," katanya.

Wednesday, August 8, 2012

Ulama Muda Malaysia Ajak Tolak Agenda Kafir Harbi DAP

"Agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya...sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya PAS menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam." - Fathul Bari Mat Jahaya

Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan, supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.

Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut Fathul Bari Mat Jahaya berkata umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.

“Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya,” katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah, semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.

Gesaan itu adalah ekoran pendirian parti PAS untuk terus bekerjasama dengan DAP sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya PAS menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. Fathul Bari meminta rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneliti semula sejarah penubuhan parti PAS, UMNO dan DAP supaya dapat memahami pendekatan yang dibawa setiap parti.

“Allah telah mengurniakan akal serta fikiran, jadi kita perlu memanfaatkan kurniaan itu dan tidak mensia-siakannya,” katanya hari ini.

Tambahnya umat Islam perlu mendidik golongan bukan Islam serta mendekatkan diri dengan mereka agar golongan ini menerima maklumat yang tepat mengenai dakwah Islam yang suci dan murni.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad berpendapat umat Islam dilarang sama sekali menyokong mana-mana parti atau pertubuhan yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam.

“Sesiapa yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam maka secara syarak, umat Islam dilarang menyokong golongan ini yang digolongkan sebagai kafir harbi.

“Mereka ini merupakan golongan yang boleh membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta umat Islam amnya,” katanya. Ismail berkata penolakan ini bukan berlandaskan perasaan namun ia disebabkan penentangan parti tersebut serta bercanggah dengan kedudukan Islam yang dijamin oleh Perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara

 “Jangan cemari kesucian Islam semata-mata kepentingan politik, di mana tanggungjawab kita sebagai pembela agama yang dipertanggungjawab memartabat syiar Islam,” katanya.

Thursday, August 2, 2012

Suamiku Ahli Parlimen PKR Rampas Ranjangku Untuk Isteri Mudanya...

Tajuk Asal (DIHALAU SUAMINYA AHLI PARLIMEN KUALA LANGAT : SEDIH CERITA KAKAK NI...)

Daripada GAP
Tuesday, July 31, 2012



Halimah Mohd Sahat 48, telah mendirikan rumahtangga dengan Abdullah Sani Abdul Hamid , dimana suaminya kini merupakan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Selangor. Mereka dikurniakan enam orang anak. Seorang menantu dan seorang cucu.

Sebelum ini Halimah hidup aman bahagia bersama suami dan anak-anaknya. Bagaimanapun suasana telah berubah selepas suami bergelar YB apabila memenangi pertandingan dalam Pilihanraya umum ke 12 untuk kerusi Kuala Langat (Banting) atas tiket PKR.
 
Pada peringkat awal bergelar YB tidak ada masalah yang timbul. Suasana berubah tidak berapa lama kemudian apabila YB PKR itu berkenalan dengan seorang Wanita PKR Hulu Selangor yang dikenali sebagai Faizah Ariffin, yang juga merupakan seorang Mak Andam.


Sikap suaminya mula berubah dan berlaku penderaan secara mental terhadap Halimah. Faizah juga sering mengganggu hidup Halimah termasuk mencabar Halimah menerima dirinya sebagai madu....! Halimah hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak dipedulikan suami, ditengking dan dimarahi dalam tempoh yang agak lama. Halimah mengadu kepada kepimpinan PKR peringkat pusat.

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin diberi tanggungjawab oleh PKR Pusat untuk menyelesaikan kes rumah tangga Ahli Parlimen mereka. Zuraida pernah berkunjung ke rumah Halimah di Banting pada 2011. Namun sekadar hanya meminta supaya Halimah bersabar. Faizah Ariffin juga mempunyai hubungan yang baik dengan Zuraidah.... Dalam kes ini Zuraidah telah menjadi kapak dua mata. Dengan Halimah dia minta supaya bersabar dan berjanji akan menolong. Manakala dengan Faizah pula, dia galakkan supaya bernikah dengan Abdullah Sani atau yang dia panggil Dollah.

Akhirnya Abdullah Sani telah bernikah dengan Faizah Ariffin pada 18.03.2011 di Songhkla Thailand. Pernikahan mereka disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songhkla melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Konsul berkenaan.

Selepas bernikah Faizah dengan penuh lagak dan sombong pergi ke rumah Halimah bersama-sama surat nikah untuk memaklumkan dia telah bernikah dengan suami Halimah. Halimah hidup dengan penuh sabar kerana mengenangkan anak-anak walaupun suaminya telah melakukan beliau seperti anjing kurap.

Kemuncak kepada krisis Halimah bersama suaminya adalah pada seminggu sebelum Ramadhan 1433H yang kita sedang lalui sekarang. Seminggu sebelum Ramadhan Halimah mendapat perkhabaran dari adik beradiknya tentang kesihatan bapanya di kampung yang agak tidak berapa baik. Halimah megambil keputusan untuk melawat bapanya memandangkan ibunya telah meninggal dunia.


Suami Halimah yang juga Ahli Parlimen PKR enggan turut sama pulang melawat bapa Halimah. Lalu Halimah mengambil keputusan untuk pulang berseorangan ke kampung dengan menaiki bas ekspress.

Selama seminggu berada di kampung dan pada hari pertama Ramadhan, Halimah mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Banting. Maklumlah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu akan meningkat di bulan puasa... Halimah memikirkan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak, sebab itu beliau tinggalkan bapanya yang sedang uzur untuk pulang menunaikan tugas tugasnya.

Dari kampungnya di Changkat Jering Perak, Halimah pulang dengan menaiki bas ekspress menuju ke Klang. Sebaik tiba di Klang Sentral lebih kurang jam 2 petang, Halimah telah menghubungi suaminya untuk meminta mengambilnya di Klang Sentral dan pulang ke rumah mereka di Banting.

Namun jawapan suaminya sungguh mengejutkan dan perkara tersebut tidak patut berlaku di bulan Ramadhan, apatah lagi di hari pertama Ramadhan dan dilakukan oleh seseorang yang bertaraf pemimpin...!

Dalam perbualan telefon tersebut, Ahli Parlimen PKR berkenaan telah menengking Halimah dengan berkata " AKU DAH HALAU HANG, PASAI APA HANG NAK BALIK SINI LAGI, EHHH AKU DAH TAK SUKA KAU LA....

" Apa yang diungkapkan oleh Ahli Parlimen PKR itu dinyatakan oleh Halimah dalam laporan polis yang dilakukannya. Halimah melakukan laporan itu bagi melindungi keselamatan dirinya.

Selepas suaminya enggan menjemputnya di Klang Sentral , Halimah menghubungi pula beberapa orang anaknya. Malang sekali, mereka juga enggan! Akhirnya anak sulung Halimah datang juga menjemputnya. Namun apa yang memelikkan Halimah apabila anak-anaknya menghubunginya dan mengahalang dia dari pulang ke rumahnya di Banting. Halimah tetap berkeras untuk pulang juga ke rumahnya...!


Dalam keseluruhan cerita Halimah, disinilah saat yang amat-amat menyedihkan.... Satu perkara yang tak terfikir dek akal dilakukan oleh seorang suami yang juga seorang wakil rakyat. Sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti akan meremang bulu roma.... Inilah kecelakaan dan haram jadah seorang pemimpin PKR...!! Setibanya di rumahnya Halimah terkejut apabila melihat beberapa barang-barangannya berada di luar rumah. Beliau masih mampu bersabar....

Beliau melangkah masuk ke dalam rumah dan melihat ada beberapa perubahan dalam rumahnya. Beliau masih mampu bersabar..... Namun apabila beliau naik ke tingkat atas dan melangkah masuk ke dalam kamar tidurnya, disinilah bermula peristiwa yang tidak terfikir dek akal.

Halimah terasa bagaikan dipanah halilintar apabila melihat cadar tempat tidurnya telah ditukar dengan cadar milik orang lain....! Kemudian apabila dibuka almari pakaiannya, bertambah mengejutkan..!! Halimah mendapati pakaiannya yang disimpan dalam almari berkenaan telah dikeluarkan dan digantikan dengan pakaian betina lain.... Apa yang lebih memilukan Halimah apabila melihat pakaiannya yang dikeluarkan dari almari dan diisi dalam plastik sampah.

Kegembiraan yang dirancang untuk berbuka puasa bersama keluarga pada 1 Ramadhan hancur luluh buat Halimah.... Beliau turun ke bawah dan menuju kebahagian dapur. Sekali lagi beliau terkejut kerana melihat terdapat seorang 'pembantu rumah' didapurnya.

Sedangkan sepanjang hidupnya berumah tangga bersama Abdullah Sani 27 tahun tidak pernah sesekali pun mereka ada pembantu rumah. Di dapur juga Halimah melihat pinggan mangkuknya telah ditukar dan pinggan mangkuk miliknya telah diletakkan di luar rumah. Dengan hati yang hancur remuk Halimah melangkah keluar dari rumah tersebut untuk menumpang di rumah saudaranya.

Tidak terfikir dek akal yang waras bagaimana mungkin seorang suami boleh bawa masuk isteri muda ke dalam rumah dan ke dalam bilik tidur isteri tuanya disaat beliau masih hidup dan mereka belum bercerai....!!

Mengikut maklumat yang kami dapat, sikap anak-anak Halimah juga turut dikesali. Kebanyakan mereka telah dewasa dan dapat berfikir dengan waras. Tetapi oleh kerana sikap pentingkan diri dan bernafsukan wang, mereka tinggalkan ibu mereka berjuang terkontang-kanting seorangan.

Mereka selalu berpesan kepada ibu mereka jangan lakukan itu atau ini kerana nanti abah tak bagi duit. Kepada anak-anak Halimah, kalian semua tolong ingat, syurga di bawah tapak kaki ibu. Duit bapa kamu tidak akan membawa kamu ke syurga.

Puan Halimah sekarang sedang berjuang di Mahkamah Syariah bagi menuntut haknya. Namun beliau tidak ada wang untuk mendapatkan khidmat peguam. Beliau kini hidup dalam keadaan tertekan.

Sudilah sekiranya ada pihak-pihak pertubuhan wanita atau mana-mana NGO boleh membantunya.

Sumber - Sel-13.com

Tuesday, June 26, 2012

Dr Mahathir - Malaysia Tidak Perlu 'Arab Spring'

Usaha menjatuhkan kerajaan ala "Arab Spring" tidak seharusnya berlaku di negara ini, kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Asia Barat.

 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.

"Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat.

"Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak," katanya ketika menjawab soalan pada Majlis Bicara Bersama Negarawan bertajuk "Komitmen Graduan Pemangkin Kemajuan Negara" di Auditorium Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),semalam.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Tan Sri Hassan; dan Dekan Fakulti Perubatan yang juga Pengarah Pusat Perubatan UKM, Prof Datuk Dr Raymond Azman Ali.

Kira-kira 700 pelajar UKM daripada pelbagai jurusan hadir pada majlis anjuran bersama Kolej Tun Dr Ismail, UKM dan JASA itu.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata "Arab Spring" mendedahkan pemerintah negara tidak demoratik, memerintah secara autokratik hingga menyebabkan rakyat menjatuhkan kerajaan.

"Kita di sini ingin 'Arab Spring' tapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim?

Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?

"Kita buat perbandingan dengan negara Arab yang agak berlainan dengan Malaysia, justeru tidak perlu untuk kita bertindak di luar undang-undang untuk menjatuhkan kerajaan," katanya.

Dr Mahathir berkata, seharusnya rakyat sedar, usaha menjatuhkan kerajaan adalah agenda pihak yang tidak yakin akan kemampuan untuk memenangi pilihan raya.

"Saya faham perasaan mereka yang tidak dapat menjadi kerajaan, mereka berfikir jika bertindak secara 'Arab Spring' dapat menjatuhkan kerajaan tanpa bergantung kepada proses pilihan raya," katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat bahawa penilaian menggunakan akal fikiran yang waras perlu sebelum melakukan sesuatu tindakan. \

Sementara itu, mengulas isu pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Mahathir berkata PKR Selangor sebenarnya dipimpin oleh seorang yang kurang berkemampuan. \

"Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebenarnya orang UMNO dan memilih parti lawan kerana kecewa tidak mendapat sesuatu.

Dia masuk parti lawan bukan sebab percaya kepada prinsip perjuangan tetapi lebih kepada kerana kecewa.

"Dia ada sedikit kebolehan mengenai pentadbiran tetapi tidak akan berjaya kerana dia bukan orang politik, tetapi masuk politik kerana kecewa," katanya.

Beliau berkata, pergolakan tersebut sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan PKR Selangor, namun meminta Barisan Nasional (BN) untuk tidak terlalu gembira dengan situasi tersebut.

"Sedikit sebanyak pergolakan yang berlaku akan menjejaskan PKR, namun BN perlu terus berusaha mendapatkan kembali Selangor pada pilihan raya nanti, tak usaha pun tak boleh, dan jangan harap orang lemah saja untuk menang," katanya.

Monday, June 18, 2012

Dr M - Pembaharuan Najib Bawa Kepada Ekstrimis

The Malaysian Insider dengan tajuk "Pembaharuan bawa kepada ekstremis, Dr M beri amaran kepada Najib" menyebut Tun Dr Mahathir Mohamad MEMBERI AMARAN bahawa tindakan reformasi Datuk Seri Najib Razak, bakal mencetuskan gejala ekstremis.

Bekas perdana menteri itu berkata kepada agensi berita, Agence France-Presse (AFP) dalam satu temu ramah di Kuala Lumpur, formula Najib untuk penyatuan kaum tidak “dijelaskan dengan sempurna.”


Menurut The Malaysian Insider

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik tindakan reformasi Datuk Seri Najib Razak, memberi amaran kepada perdana menteri tindakannya itu bakal mencetuskan gejala ekstremis. Bekas perdana menteri itu berkata kepada agensi berita, Agence France-Presse (AFP) dalam satu temu ramah di sini, formula Najib untuk penyatuan kaum tidak “dijelaskan dengan sempurna.”

 “Apa berlaku, sudah tentu, adalah apabila anda membuka sesuatu isu — anda menjadi liberal — pelampau-pelampau yang agresif menunjukkan pendapat mereka,” kata beliau yang dipetik oleh agensi. Dr Mahathir yang dilihat menjadi pengkritik yang lantang bagi Najib di dalam Umno, bercakap dalam rujukan mengenai keputusan membuang kuasa-kuasa kerajaan pusat untuk kepercayaan politik masing-masing.

Najib, Perdana Menteri yang keenam, membuat janji yang bersejarah pada sambutan Hari Malaysia tahun lalu untuk membubarkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), atas permintaan masyarakat dan parti pembangkang.

Beliau mengotakan janjinya tahun ini dengan menggugurkanundang-undang 1960 British dengan membentangkan satu undang-undang keselamatan baru — Akta Kesalahan-kesalahan Keselamatan (Langkah Pencegahan) 2012 — menolak kuasa kerajaan menahan tanpa perbicaraan dan menahan seorang bagi kecenderungan politiknya.

Ini ada antara membunuh langkah pembaharuan penting diambil oleh pentadbiran Najib, yang telah kelihatan sebagai keputusan Barisan Nasional (BN) sebagai percubaan meluaskan sokongannya terhadap rakyat Malaysia.

Tetapi Dr Mahathir, yang menerajui negara selama 22 tahun sehingga 2003, percaya bahawa terlalu banyak kebebasan akan mengakibatkan ketegangan kaum, menurut AFP.

“Sekarang kami mahu untuk menjadi liberal, apa telah berlaku adalah sekarang kami lebih mementingkan perlumbaan daripada sebelum ini. 

Hari ini, orang menuduh satu sama lain dan bersifat perkauman. “Terdapat lebih antagonisme antara kaum (sekarang) daripada sebelum terdapat liberalisasi ini,” katanya dipetik semasa temuramah itu. 

“Di mana tidak ada masalah, sekarang terdapat satu masalah,” tambahnya lagi. 

Dr Mahathir telah dengan meluas dikritik kerana mengambil bantahan keras, taktik-taktik yang hampir autoritarian mengetatkan kawalan penyebaran percanggahan menentang kepimpinannya semasa tempohnya dalam kerajaan.

Pentadbirannya telah mengambil tindakan seperti Operasi Lalang, apabila 106 individu-individu besar telah ditahan sewaktu serbuan ISA kedua terbesar dalam sejarah Malaysia.

Tetapi Dr Mahathir mendesak hari ini yang Malaysia perlu menjadi sebuah kerajaan “tegas” selain daripada menjadi adil. “Kami memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh. Ia sepatutnya bersih, tegas,” katanya kepada AFP. 

Kerajaan Najib telah dikritik pihak tempatan dan asing kerana menggunakan kekerasan apabila menahan peserta demonstrasi menuntut pilihan raya adil dan bersih.

Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lepas telah menyebabkan berlakunya huru-hara dan satu rekod 1,000 penangkapan selepas polis anti rusuhan menembak gas gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang telah berkumpul secara aman.

Berikutan tentangan negatif menentang pentadbirannya, Najib memutuskan pada tahun lepas untuk menggubal satu undang-undang khas bagi tujuan itu untuk mengadakan kebebasan perhimpunan awam, selaras dengan hak perlembagaan rakyat Malaysia.

Kerajaan mengamalkan satu pendekatan apabila Bersih 2.0 mengumumkan rancangan mengadakan satu lagi perhimpunan menuntut sistem pilihan raya di pusat bandar, dengan pemimpin kerajaan mengatakan kumpulan berkenaan boleh meneruskan perhimpunan dalam lingkungan Akta Perhimpunan Aman 2011.

Tetapi huru-hara sekali lagi berlaku di ibu negara itu semasa 28 April selepas penunjuk perasaan merempuh sekatan polis sekitar Dataran Merdeka, yang telah mengepung kerana kerajaan telah menganggapnya satu lokasi tidak sesuai untuk perhimpunan.

Wednesday, June 6, 2012

Sokong Bersih 3.0 - Ulama Sesat Dalam Majlis Syura PAS?


Tidak hairan jika Majlis Syura Ulama PAS akhirnya mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap penganjuran Bersih 3.0.

Pertamanya, memang PAS berminat sangat dengan perhimpunan hingga rela ikut bontot pemimpin bukan Islam, Datuk S Ambiga yang meghalalkan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual);

Kedua, yang mmpengerusikan Majlis Syura, Datuk Nik Aziz Nik Mat pastinya akan menjamin majlis itu menyokong kuat Bersih 3.0 kerana sebelum ini beliau mengakui menaja mereka yang mahu datang ke Kuala Lumpur bagi tujuan itu;

Ketiga, berbeza dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, PAS dan pemimpinnya adalah ‘pihak berkepentingan’ dalam perarakan Bersih 3.0 dan TIDAK MUNGKIN dan AMATLAH PELIK jika ia tidak merestui perhimpunan itu’ dan

Majlis Syura bersetuju, demi menentang kononnya ‘penyelewengan’ walaupun negara ini diperintah majoriti orang Islam dan Perdana Menterinya orang Islam, PAS tetap menentangnya dan dibolehkan mneyokong ketua bukan Islam yang terang-terangan ‘menentang Islam’.

Adalah tidak menghairankan jika Majlis Syura Ulama PAS memutuskan bahawa demonstrasi berkenaan tidak bercanggah dengan syariat Islam.


Malah badan tertinggi PAS itu menyatakan bahawa perhimpunan jalanan bagi menuntut reformasi pilihan raya di negara ini sebagai wajib bagi menyekat tindakan Barisan Nasional (BN) dan Umno yang didakwa membahayakan keselamatan negara.

UMNO dan BN membahayakan negara? Demonstrasi yang ditaja oleh pihak-pihak tertentu untuk menggugat pemerintahan yang ditegakkan melalui demokrasi TIDAK BERBAHAYA?

Kenyataan Majlis Syura PAS itu sekali gus menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Bagi PAS, demonstrasi itu "amat selari dengan syariat bagi menegakkan amar makruf dan nahi mungkar, bahkan ianya menjadi wajib apabila tiada cara lain yang lebih berkesan bagi menyekat kemungkaran dan tindakan Umno dan BN.

Apakah bagi PAS hanya demonstrasi cara terbaik? Pemikiran Nik Aziz dan Mohamad Sabu?


Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan Mursyidulnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan : "Demonstrasi adalah salah satu cara makluman kepada awam mengenai ketidakpuasan hati terhadap sesuatu kezaliman, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain setelah cara lisan tidak diendahkan oleh pihak berkuasa. Dalam konteks Malaysia hari ini demonstrasi 'duduk dan bantah' adalah salah satu cara terbaik menjatuhkan kezaliman khususnya sebagaimana yang telah berlaku di Mesir."

Hairan sungguh dengan PAS kerana ada kalangan pemimpin mereka yang mengatakan Bersih 3.0 tidak sama atau jangan dibandingkan dengan demonstrasi di Mesir. Mana satu niiii?

Majlis Syura Ulama PAS turut menegaskan bahawa demonstrasi Bersih 3.0 mempunyai tujuan yang sangat penting demi kepentingan rakyat dan negara. "Apa yang lebih penting, demonstrasi bersih mempunyai tujuan yang sangat penting. Hari ini terlalu banyak bantahan yang dibuat terhadap daftar pengundi rakyat asing yang hanya dipandang sepi oleh pihak kerajaan yang dikawal sepenuhnya oleh Umno dan BN. Isu ini boleh melibatkan isu keselamatan negara yang sepatutnya diambil berat oleh Parti Pemerintah dan kerajaan itu sendiri."


Mengenai penglibatan PAS bersama gerakan Bersih 3.0 yang diketuai oleh Datuk S. Ambiga iaitu seorang yang bukan beragama Islam, Majlis Syura Ulama berpendapat penyertaan parti itu dibuat atas dasar menentang penyelewengan. "Perlu difahami bahawa Bersih bukan bermakna semua parti dan golongan yang menyertainya akan menerima dasar parti dan badan-badan bukan kerajaan yang menyertainya. PAS hanya menyertai gerakan Bersih bersama-sama dengan parti dan NGO lain atas dasar menentang penyelewengan dan tindakan kerajaan melalui SPR dan pihak JPN yang dianggap boleh membahayakan masa depan negara. Ia bukan mempunyai perjanjian untuk menerima dasar-dasar yang bercanggah dengan Islam untuk diamalkan di dalam PAS."

PAS menang sebuah parti klu-klek yang akan membolehkan apa sahaja asal memenuhi kepentingan dan meraih sokongan untuknya.

Tidak hairan jika PAS sanggup bekerjasama dengan syaitan, iblis, penyokong Yahudi, peliwat dan sebagainya.

Matlamat PAS khususnya Nik Aziz ialah ke Putrajaya.

Sedangkan sebelum ini Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin dilaporkan berkata majlis itu memandang serius tindakan sebahagian masyarakat khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti dalam Bersih 3.0 yang menyebabkan kerosakan, kemudaratan, pergaduhan dan kacau bilau.

Mereka yang terbabit dalam demonstrasi sedemikian, khususnya umat Islam, perlu sedar dan insaf bahawa tindakan mereka itu bercanggah dengan ajaran Islam. 

Menariknya, Majlis Fatwa Kebangsaan bukan mewakili parti atau mempunyai kepentingan politik seperti Majlis Syura Ulama PAS dan Prof Abdul Shukor bukan pemimpin dalam UMNO atau Barisan Nasional.

Perbezaan ketara antara Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura Ulama PAS dalam menilai dan 'memfatwakan' Bersih 3.0.

Thursday, May 31, 2012

Shahrizat Bersih...Rafizi, Zuraida Semakin Gelabah

 

Dua pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang ‘tak reti bahasa’.

Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan penglibatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam memberikan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) bernilai RM250 juta kepada syarikat yang dikendalikan ahli keluarganya.

Namun Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin mempersoal dan kesal dengan keputusan SPRM yang mengisytiharkan Shahrizat bersih daripada tuduhan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) manakala kes rasuah 17 tahun lalu Azmin Ali mahu dibuka semula.

Pengerusi PPO Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata hari ini, siasatan terhadap penglibatan Shahrizat dalam NFC kini ditutup.

Keputusan itu berikutan beliau didapati tidak terlibat dalam proses pemberian pinjaman atau kontrak kepada syarikat tersebut.

Rafizi dan Zuraida berkata : “Kami berasa kesal dengan dua keputusan penting yang dibuat SPRM pada hari ini berhubung kes NFC dan penglibatan Shahrizat serta tuduhan terhadap Azmin Ali.”

"Rakyat boleh menilai tindakan tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Azmin walaupun laporan dan siasatan Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM) telah menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995.

"Berbeza pula dengan pelbagai dolak dalih yang diberikan SPRM dalam kes NFC dan Shahrizat walaupun NFC dan menteri bertanggungjawab membuat keterangan di Parlimen mengenai proses pemberian tender kepada sebuah syarikat milik keluarga beliau," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kedua-dua mereka berkata, sungguhpun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Shahrizat dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.

Memang menghairan sikap Rafizi dan Zuraida ini kerana hari ini juga SPRM turut mengisytiharkan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan rakan sejawatannya kerusi Batu Caves, Amirudin Shari, yang disiasat berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor, dengan rasminya telah ditutup. Kedua-dua merupakan wakil rakyat PKR di Selangor.

Kenapa Rafizi dan Zuraida tidak melihat kes ini?

SPRM berpendapat walaupun sebelum ini kes itu telah dibuka semula namun hasil siasatan terkini mendapati kedua-dua Adun tersebut tidak bersalah di bawah undang-undang SPRM.

Sepatutnya dua pemimpin PKR itu memberikan pujian dan menghargai keputusan SPRM ini apabila dua wakil rakyat PKR dibersihkan.

Shuhaimi telah didakwa kononnya beliau terlibat dalam penyelewengan pasir bermula pada 23 Mei 2009 apabila Adun Sri Muda itu bertemu wakil syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Hotel Sunway, Seberang Prai.

Sikap ‘tak reti bahasa’ Rafizi dan Zuarida sewajarnya mendapat reaksi Shahrizat apabila meminda pernyataan tuntutan samannya di Mahkamah Tinggi berikutan tiada bantahan daripada Zuraida dan Rafizi.

Pada 19 Januari lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau berhubung isu projek NFC.

Shahrizat menuntut ganti rugi am sebanyak RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi ganti rugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.

Wednesday, May 30, 2012

Najib Benarkan Saifuddin Berbeza Pendapat Dengan Beliau, Pemimpin UMNO Lain?


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak membenarkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah berbeza pendapat dengan beliau sendiri dan  pemimpin UMNO lain mengenai Bersih 3.0?

Apa istimewanya bekas pemimpin belia ini sehingga mendapat kebenaran ekslusif itu?

Sebuah akhbar versi online Singapura melaporkan , terus berbeza pandangan dengan anggota Umno lain apabila beliau secara terbuka mengatakan bahawa perhimpunan Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 bulan lalu bukan bertujuan menggulingkan kerajaan sekarang atau berkaitan dengan komunisme.


 "Saya tidak bersetuju kalau Bersih 3.0 dituduh sebagai dipengaruhi komunis atau ingin menjatuhkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.Jauh sekali kalau ia dianggap seakan-akan Arab Spring. Ini kerana faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Arab Spring tidak wujud di sini.

"Kalaupun ada yang hendak dibandingkan, maka, ia mungkin berupa sedikit elemen anti-Marcos atau, yang terdekat, anti-Suharto. Tetapi, pokoknya bukan Arab Spring," kata Datuk Saifuddin, melalui kolumnya dalam akhbar Sinar Harian, semalam.


Menyusuli perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 pada 28 April lalu, ramai pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya daripada Umno, telah mengutuk acara itu.

Malah, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, sendiri mendakwa bahawa perhimpunan Bersih 3.0 itu bertujuan mahu menggulingkan kerajaan yang dipimpin beliau.

Pandangan Datuk Seri Najib itu dikongsi oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan tiga bekas pemimpin kanan polis negara itu - bekas ketua polis negara Malaysia, Tun Hanif Omar, mendakwa pesimpati komunis turut terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Saifuddin berkata beliau tidak menyokong Bersih 3.0 tetapi bersetuju dengan banyak tuntutannya dan berasa "amat teruja apabila Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPP) berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya ditubuhkan".

"Kita perlu sedaya upaya mempunyai pandangan yang benar dan adil terhadap Bersih 3.0. Oleh itu, wajar meneliti pelbagai video, tulisan, maklum balas dan post mortem daripada pelbagai sumber, termasuk daripada pihak yang tidak sealiran dengan kita," tegasnya.

"Saya mengalu-alukan resolusi Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam Malaysia. Begitu juga langkah Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia) bagi mengadakan pendengaran awam.

"Saya tidak bersetuju kalau Bersih 3.0 dituduh sebagai dipengaruhi komunis atau ingin menjatuhkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan," tambahnya.

Najib Benarkan Saifuddin Berbeza Pendapat Dengan Pemimpin UMNO Lain?

Saturday, May 26, 2012

Nazri : Saya Tak Nampak Untungnya Anwar Ambil Yusof Sebagai Peguam


"... saya difahamkan Anwar panggil dia (Yusof) kononnya untuk menguatkan kes dia (Anwar) (untuk) mempertahankan diri, tapi yang menentukan sama ada orang itu bersalah ataupun tidak, bukan peguam yang mewakili tapi hakim di mahkamah...Tapi saya tak nampak untungnya ambil Yusof sebagai peguam kerana Yusof bukan pendakwa yang disegani, tak ada siapa kenal dia,"
  - Datuk Mohd Nazri Aziz

Benar juga kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden bukan peguam terkenal.

Jika demikian, kenapa pula Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia mengambil Mohd Yusof sebagai peguammnya bagi membela beliau dalam kes berkaitan perhimpunan 28 April itu?
Apa kelebihan Mohd Yusof?
Mohd Yusof yang meletak jawatan Februari lalu, menyifatkan pembabitannya dengan Anwar di atas urusan profesional dan perniagaan semata-mata.
Namun, di pihak Anwar rasanya beliau mempunyai sebab tersendiri, bukan semata-mata kerana kedudukan Mohd Yusof yang sudah bersama.
Kata Nazri: "... saya difahamkan Anwar panggil dia (Yusof) kononnya untuk menguatkan kes dia (Anwar) (untuk) mempertahankan diri, tapi yang menentukan sama ada orang itu bersalah ataupun tidak, bukan peguam yang mewakili tapi hakim di mahkamah.
"Tapi saya tak nampak untungnya ambil Yusof sebagai peguam kerana Yusof bukan pendakwa yang disegani, tak ada siapa kenal dia," kata beliau hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan program ekspedisi berakit Sungai Perak sempena Tahun Melawat Malaysia di Kuala Kangsar.
Dalam laporan Selasa lalu, Yusof berkata, beliau tidak mempunyai hubungan politik dengan ketua pembangkang itu tetapi sekadar menjalankan tugas sebagai seorang peguam profesional.
"Saya seorang peguam dan setiap orang berhak berbuat demikian. Saya tidak teragak-agak atau mempunyai masalah untuk mengambil kes ini," katanya.

Yusof, yang mengetuai pendakwaan pada perbicaraan kes liwat kedua ketua pembangkang itu berkata, beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan sesiapapun ketika bersetuju mewakili Anwar.
Mahkamah Tinggi pada 9 Januari lepas memutuskan untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Yusof yang bersara Februari lepas, berkata, Anwar menghubunginya pada kira-kira 10 malam Isnin lalu dan beliau tidak teragak-agak menerimanya.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa tindakan itu dilakukan sebagai bantahan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Yusof berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan Abdul Gani, dan enggan mengulas lanjut.

Wednesday, May 23, 2012

Muzakarah PAS-UMNO : Dr Ismail Ibrahim Kata Elok Batalkan

Oleh  Dr Ismail Ibrahim (Bekas Ketua Pengarah Ikim dan bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi).
Saya setuju dengan pendirian Presiden Pas bahawa muzakarah yang dibicarakan dengan heboh sekarang ini di antara Pas dan Umno itu haruslah dibatalkan sahaja.

Kalau diteruskan juga dalam segala prejudis dan keritikan yang tidak beretika sekarang ini, maka dengan sendirinya muzakarah itu tidak lagi bersifat keislaman dan amat menyimpang dari etika serta nilai akhlak Islam.

 Islam di negara kita ini bukan HANYA kepunyaan Umno atau Pas tetapi kepunyaan semua umat Islam tanpa mengira keturunan dan fahaman politik masing-maisng. Oleh itu sebarang muzakarah, dialog, diskusi, seminar, persidangan, wacana, konvensyen dan namakan saja apa-apa perbincangan lain tentang Islam, maka semua pihak berhak dan sepatutnya mengambil bahagian, bukan Umno atau Pas sahaja.

Pendirian Pas yang menyatakan bahawa Pas hanya akan mengadakan muzakarah dengan NGO memang boleh diterima kerana hal itu adalah haknya, tetapi tidak membawa erti bahawa Pas sahaja yang berjuang untuk Islam sehingga dengan itu Pas sahaja yang boleh menentukan sebarang isu mengenai Islam dan agendanya.

Kalau Pas boleh bermuzakarah dengan NGO, maka haruslah diterima bahawa Umno juga boleh bermuzakarah dengan NGO kerana Umno juga mempunyai agenda pembangunan Islam, malah telah berjuang untuk Islam sejak puluhan tahun kewujudannya lagi.

Untuk mencari kebaikan, terlepas dari persoalan politik kepartian, maka Islam tidak haruslah dipolitikkan, dan tidaklah seharusnya merupakan satu perjuangan politik yang diberikan gambaran seolah-olah terdapat pihak yang membolot perjuangan Islam, dan terdapat sebuah parti politik Melayu sahaja yang memperjuangkan Islam sedangkan parti lain tidak mempunyai agenda keislaman. Islam tidak seharusnya dilebalkan sebagai Islam ala Pas, ala Umno, ala Melayu, Arab dan sebagainya, malah Islam adalah Islam yang satu; syariah, akidah, rukun Islam, rukun Iman, ihsan, nilai akhlak dan keseluruhannya adalah mempunyai persamaan dari segi prinsip dan dasar umumnya. 

Alangkah baiknya kalau dalam keadaan sekarang, ketika Islam telah banyak disalahertikan, dipolitikkan sebegitu rupa, maka umat Islam sendiri keseluruhannya yang seharusnya mengadakan muzakarah sesama sendiri, secara ilmiah dengan fakta dan data yang berasaskan penyelidikan dan kajian menyeluruh tentang pembangunan Islam di negara kita ini.

Mungkin gabungan dari beberapa buah institusi pengajian tinggi, badan-badan bukan Kerajaan yang bebas, tokoh-tokoh akademik dan profesional, para pendakwah dan aktivis masyarakat dan Islam yang ikhlas, perlu berganding bahu untuk mengadakan muzakarah atau dialog ini tanpa sebarang prejudis dan berat sebelah, malah muzakarah diadakan dengan penuh jujur untuk mengupas dan berbincang tentang apakah pengertian Islam yang sebenarnya, apakah agendanya, apakah kemajuan dan kelemahannya selama ini, apakah perjuangan Islam dalam dunia ibadat, dunia akhirat, fenomena fizikal dan spiritualnya, aktiviti pendidikan, perbankan, kewangan, kerohanian, media, sosial, politik dan sebagainya, dan bagaimanakah Islam dapat dibangunakn dengan lebeh baik lagi dalam negara kita yang secara umumnya telah pun terkehadapan dalam penghayatan dan perlaksanaan Islam ini.

Islam bukanlah hanya ritual dan fardu 'ain semata-mata, malah Islam merangkumi segala hal ehwal kehidupan keseluruhannya. Islam bukan hanya terletak kepada lambang dan retorik, tetapi perlaksanaanya yang praktikal dan menjadi amalan harian di dalam masyarakat.

Istilah2 Kebangsaan, Sekular, Tidak Islamik, Tak Mahu Islam, ekstrem, radikal, sempit dan sebagainya haruslah dianalisa dengan baik, bukan menjadi permainan bibir untuk tuduh menuduh tanpa bukti dan asas yang kukuh. Orientasi pembicaraan tentang Islam ialah orientasi ilmu, bukan propaganda dan emosi melulu.

Kesimpulannya, dalam keadaan sekarang, ketika hampir semua negara Islam di dunia ini mengalami kerisis identiti, kerisis pemikiran, konflik diantara mazhab, pertumpahan darah sesama sendiri, pembunuhan dan sebagainya, maka telah tiba masanya pihak masyarakat Islam yang ikhlas dan jujur, penuh insaf dan sedar, dengan penuh ilmu dan akhlak, haruslah segera bangun membetulkan keadaan dan menunjukkan jalan yang benar, malah menjelaskan dengan sepenuhnya apakah Islam itu yang sebenarnya dan apakah agenda, 'worldview'nya kerana Islam tidak lagi hanya dapat dipelajari melalui pentas-pentas politik, pentas-pentas kempen pilihan raya, iklan-iklan jual ubat, kalangan yang memperalatkan agama untuk kepentingan tertentu, atau melalui orang-orang yang taksub politik, tertutup akal mindanya kerana Islam adalah kepunyaan seluruh ummah, maka muzakarah ummah saja yang dapat menjernihkan keadaan dan membetulkan pemikiran ummah juga.

Batalkan saja muzakarah politik, kerana muzakarah ini mungkin hanya akan membawa lebih banyak kekeliruan dan perpecahan, dan sekali gus menghapuskan kesepaduan dan kesatuan umat Islam di negara kita ini, terutamanya ketika negara kita berada di ambang pilihan raya, maka sebarang muzakarah mungkin hanya akan digunakan sebagai alat untuk memancing undi, tujuan politik yang sempit dan tidak sesuai dengan matlamat syariah dan cara hidup Islam yang sebenarnya.

Cukuplah dengan perpecahan dan kecelaruan yang berlaku selama ini dalam masyarakat kita.

Cukuplah!

Friday, May 18, 2012

Hanya 'Tok Guru' Haji Hadi Addin, Pemimpin UMNO Terengganu Tidak Islamik???


Rencana Mengenai 'Sumbangan' Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang.

Pemimpin PAS khususnya Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang merangkap ADUN Rhu Rendang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menepis sekuat-kuatnya jika dikatakan beliau melebihi kerja dan membuat kenyataan politik daripada menjaga kawasan.

Hadi sudah menjadi ADUN lebih 30 tahun dan Ahli Parlimen berbelas tahun, bertukar ganti dengan Datuk Abdul Rahman Bakar.

Akhir-akhir ini banyak contoh dan kejadian yang mencabar Hadi, apakah beliau MENGAMALKAN ADDIN SEPERTI YANG BELIAU GEMBAR GEMBURKKAN?.

Apakah beliau prihatin terhadap pengundinya?

Adakah beliau membuat cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk membangun dan menyelesaikan masalah rakyat Marang?

Apakah beliau melawat, mendengar keluhan rakyat sebagai pemimpin yang ‘mengamalkan Addin’? Apakah kerana kawasan seperti Alor Limbat dan Pengkalan Berangan yang diwakili BN, beliau sebagai Ahli Parlimen tidak perlu melawat atau meninjau masalah penduduk di situ dan serahkan bulat-bulat kepada ADUN berkenaan.

Yang Hadi tekankan ialah soal pilihan raya bersih dan pengundi hantu.

Nampak sangat beliau berharap untuk terus menjadi wakil rakyat dan menjamin pakatan pembangkang menang.

Hadi berkata jika menang pilihan raya akan datang pakatan pembangkang akan menukar ISLAM dalam Perlembagaan itu bukan berbantuk ‘agama’ seperti sekarang tetapi kepada suatu cara hidup Islam – Addin.

Tanpa dapat memberikan contoh, Hadi berteori dan bercakap mengenai Islam sebagai cara hidup.

Namun apakah Hadi sendiri mengamal atau menunjukkan contoh ke arah itu?

Apakah sebagai ADUN Rhu Rendang, apalagi sebagai Ahli Parlimen Marang yang begitu lama, beliau membuktikan sebagai pejuang beliau menamal dan menunjukkan contoh sebagai seorang Muslim yang ‘mempraktikkan’ Addin?

Lihat Kes-kes Berikut: 

1. Penderitaan Zainon Mamat, 69, yang hanya mampu terbaring di ruang tamu di rumahnya di Kampung Gong Merawang, Rhu Muda.

Ia mendapat perhatian beberapa pihak sempena Program Sehari Jalinan Mesra Amal Bakti diadakan di situ.

Program bersama ahli Kelab Pemilik Proton Saga BLM (Prosboc) dari Kuala Terengganu dan Puteri serta Wanita Umno cawangan Rhu Muda itu turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rhu Muda.

Rombongan lawatan ke rumah Zainon diketuai Ketua Puteri Umno cawangan Rhu Muda, Nor Faridah Osman, 33, bagi menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada warga emas itu, yang lumpuh dan menderita akibat penyakit itu sejak lapan tahun lalu. 


Keluarga malang itu bergantung dengan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan, ibu sebanyak RM200 manakala bapa sebanyak RM300 kerana menjaga ibu.

Faridah yang juga merupakan Ketua Penerangan Puteri Umno Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang berkata, bagi pesakit yang sudah mendapat bantuan sewajarnya pihaknya berharap agar kunjungan itu dapat menceriakan pesakit terbabit.

UMNO Jugak!!!

2. Mangsa kebakaran di Marang bakal dapat rumah baru.

Pada 27 April 2012 lalu, Kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan segera sebanyak RM53,000 kepada satu keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tebakang di Marang bagi membolehkan mereka membina semula rumah mereka.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sebanyak RM33,000 daripada bantuan itu ialah peruntukan Tabung Darul Iman manakala bakinya RM20,000 melalui dana Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat.


Kerja-kerja pembinaan rumah tiga bilik itu dimulakan segera, kata Menteri Besar selepas melawat mangsa kebakaran itu Tun Mamat Tun Jambol, 56, dan isterinya Fatimah Said, 44. Fatimah, ketika ditemui melahirkan rasa terharunya atas kesudian menteri besar meluangkan masa melawatnya sekeluarga dan amat bersyukur dengan peruntukan segera itu yang membolehkan mereka membina rumah baru di tapak rumah yang terbakar itu. Hanya ucapan terima kasih mampu saya ucapkan di atas keprihatinan menteri besar yang sudi datang melawat kami," katanya yang bekerja sebagai penenun songket.

Menteri Besar Jugak!!!

 3. Lebih 500 rumah di tiga daerah di Terengganu mengalami kerosakan akibat dilanda ribut dan hujan lebat, petang Sabtu (5 Mei 2012).

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhami Omar, berkata sekurang-kurangnya lima rumah dilaporkan dihempap pokok dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu di Bukit Payong.

 Zuhami berkata, JKM sedang menilai kerosakan rumah berkenaan sebelum menyalurkan bantuan. Di Kampung Undang, sebanyak 104 buah rumah mengalami kerosakan seperti atap dan dinding.


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang ditemani Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Bukit Payong, Zaidi Muda meluangkan masa melawat beberapa kediaman yang dilanda ribut di sekitar kawasan berkenaan sehari selepas itu.

Nasib mangsa-mangsa ribut yang melanda sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Marang itu mendapat perhatian Ahmad Said yang berjanji bantuan segera akan dihulurkan kepada golongan berkenaan. Ahmad Said memberitahu, bantuan daripada pihak kerajaan negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pihak lain yang prihatin dapat meringankan beban mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian.

Bantuan membaiki rumah, ganti atap baru akan disalurkan dan diselesaikan dalam tempoh sehari dua ini. Kita telah membuat tinjauan, banyak atap rumah tercabut. Malah ada rosak teruk dihempap pokok besar.  

Menteri Besar Jugak!!!

4. Isu penerokaan tanah pertanian sekitar Rusila lebih 11 hektar itu sejak 1976.

Apakah yang dilakukan Hadi?

Ketika PAS memerintah Terengganu antara 1999 hingga 2004, masalah ini sudah wujud tetapi PAS ‘pejam mata sahaja’ kepada 23 peserta tanah berkenaan.lagi.

Pertengahan April lalu, Ahmad Said meminta agar 23 peserta terlibat dalam penerokaan tanah pertanian di Kampung Bukit Anak Ring yang sudah lebih 40 tahun menanti untuk mendapatkan geran hak milik. Menteri Besar berjanji Kerajaan Negeri akan bertindak menyelesaikan masalah penduduk Rusila itu.


Sehubungan itu, Menteri Besar, meminta mereka segera membuat permohonan baru bagi menyelesaikan masalah itu, manakala pihak berkuasa tempatan diarahkan membuat semakan semula status tanah berkenaan.

Beliau sudah dimaklumkan oleh pegawai daerah, (A Rahman Che Ali) ada satu permohonan lama, tahun 70-an. Ada tanah 11 hektar di Kampung Bukit (Anak) Ring. Daripada 23 peserta di peringkat awal dulu, 11 orang telah pun meninggal dunia.

Menteri Besar Jugak!!!

5. Isu nelayan Marang yang majoritinya penyokong pembangkang.

Majoriti kumpulan nelayan di Marang adalah penyokong pembangkang dan jika dibuat perbandingan daripada 1,000 nelayan, kira-kira 700 daripada mereka memilih Pas.

Namun, Kerajaan negeri dan Pusat menjalankan pelbagai pembangunan dan kemudahan kepada nelayan supaya mereka dapat terus bekerja dan mencari rezeki mereka.

Antara projek berkaitan termasuk mendalamkan Sungai Marang yang dilaksanakan Kerajaan Pusat dengan kos RM30 juta, selain peruntukan tambahan kira-kira RM500,000 bagi mendalamkan semula sungai itu. Selain itu, projek membangunkan prasarana longkang Sungai Kerok bernilai kira-kira RM5 juta, longkang Sungai Riting (fasa i) RM500,000, (fasa ii) RM300,000 dan projek yang terbaru, longkang Sungai Riting (fasa iii) menghala ke Kelulut dan Sungai Marang melibatkan kira-kira RM3juta.

Kerajaan Negeri dan Pusat turut menyiapkan Marang Waterfront (fasa i) bernilai kira-kira RM4 juta, longkang di Bandar Marang, Alor Pok Bang dan banyak lagi dalam proses membangunkannya dari masa ke semasa kerana peruntukan bagi tujuan itu sudah disediakan.

Kerajaan BN Jugak!!!

6. Pembinaan jalan baru dan pembesaran jalan kampung di seluruh daerah Marang

Pada lawatan ke daerah Marang pada 7 Februari 2012 lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meluluskan peruntukan serta-merta RM3 juta bagi tujuan pembinaan jalan baru dan pembesaran jalan kampung di seluruh daerah itu.

Peruntukan itu tidak termasuk projek pembesaran parit dan longkang di daerah tersebut yang memerlukan pembinaan segera bagi mengatasi pelbagai masalah seperti banjir kilat.

Kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan RM750,000 bagi setiap DUN di Parlimen Marang tahun ini untuk membina jalan-jalan kampung dan membesarkan jalan sedia ada.

Kerajaan BN Jugak!!!


7. Menggantikan Jambatan Marang sedia ada kepada empat lorong. Jambatan empat lorong bernilai RM80 juta bakal dibina bagi menggantikan Jambatan Sungai Marang sedia ada.

Pegawai Daerah Marang, A. Rahman Che Ali berkata 19 Mac 2012 lalu, jambatan yang dirancang pembinaannya setinggi lapan meter itu menjadi nadi laluan penting daerah berkenaan. Ia bagi mengatasi masalah trafik di sekitar bandar Marang sekali gus menaikkan imej bandar ini sebagai bandar berkembar kepada Kuala Terengganu.

Beliau berkata kepada pemberita selepas taklimat pembangunan Daerah Marang kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang melawat ke pejabat daerah itu Katanya, dengan ketinggian sehingga lapan meter itu, ia membolehkan laluan bot besar persiaran dan bot nelayan di sungai berkenaan walaupun dalam keadaan air pasang.
  
Kerajaan BN Jugak!!!

8. Syarikat China labur RM1 bilion di Marang

Kerajaan Terengganu berjaya menarik syarikat dari China untuk memajukan projek akuakultur ternakan udang dengan pelaburan bernilai RM1 bilion, di daerah Marang.

Projek kerajaan negeri dengan usaha sama Ocean Aquatic Marine (M) Sdn Bhd dan syarikat China berkenaan, Zhanjiang Guolian Aquatic Products Co Ltd, itu u dijangka bermula pertengahan tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pada 1 Mac 2012 lalu, projek ternakan udang di kawasan seluas 1,000 hektar dijangka menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Katanya Marang dipilih sebagai lokasi sektor akuakultur memandangkan kawasan tersebut yang berdekatan laut, sesuai untuk menternak udang. 

"Syarikat China ini merupakan pengusaha udang terbesar di negaranya, dan mendapat pensijilan eksport oleh badan Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat. Hasil projek itu dijangka dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah, selain dipasarkan ke negaranya sendiri kerana penggunaan di negara mereka juga besar," katanya. 

Ahmad Said Jugak!!! 


9. Kem tentera bakal rancakkan pembangunan Marang

Rancangan membina kem tentera di Marang, yang akan menempatkan 5,000 anggota dijangka melonjakkan proses pembangunan daerah ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Terengganu Datuk Yahya Khatib Mohamad pada 24 Januari 2012.

Apa komen PAS? Kem itu akan menguntungkan BN dari segi undi pilihan raya.

Yahya Khatib yang juga Anggota Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Berangan berkata kerajaan negeri telah meluluskan kawasan seluas 800 hektar di Kampung Tebuang Jenang bagi pembinaan kem berkenaan.Projek akan dapat menjadi kenyataan selewat-lewatnya selepas pilihan raya umum akan datang.

Pembinaan kem tentera itu juga secara tidak langsung akan membantu menambah jumlah pelajar Sekolah Kebangsaan Jenang yang menghadapi ketandusan pelajar. Yahya Khatib berkata kerajaan negeri juga telah meluluskan pembinaan sebuah masjid baru berharga RM5 juta yang dapat menampung lebih 1,000 jemaah tahun ini di kampung Pengkalan Berangan.

Dengan adanya kem tentera itu serta Institut Latihan Perindustrian (ILP) di daerah itu akan mewujudkan pelbagai peluang perniagaan yang dapat menambah pendapatan penduduk di daerah ini.

Kerajaan BN Jugak!!!

10. Kejohanan Drive Ride (DR) 4x4 Ranggok Antarabangsa di Marang


Kejohanan akan disenaraikan dalam kalendar pelancongan Terengganu bermula tahun depan dalam usaha meningkatkan daya tarikan daerah ini sebagai sebuah destinasi sukan ekstrem antarabangsa.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said baru-baru ini berkata, kejohanan itu bakal dijadikan acara tahunan berdasarkan sambutan luar dugaan yang diterima dengan penglibatan membabitkan sehingga 1,250 orang peserta dari dalam dan luar negara.

Kejohanan memperlihatkan potensi sukan tersebut yang cukup besar dan litar sukan lasak Gong Cempedak seluas 60 hektar menjanjikan pengalaman yang mencabar. Sehubungan itu, bagi menaik taraf kejohanan tersebut, beliau mempelawa Kelab 4x4 Ranggok Marang yang bertindak sebagai penganjur kejohanan berkenaan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan.

Ahmad Said Jugak!!!

11. Marang jelapang padi kedua Terengganu
 
Daerah Marang bakal dijadikan jelapang padi kedua Terengganu kerana kawasan itu sesuai untuk diusahakan dengan tanaman itu namun pada masa yang sama dibiarkan oleh pemiliknya. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Asha'ari Idris yakin bekalan padi untuk menampung keperluan di Terengganu akan mencukupi sekiranya kesemua kawasan itu diusahakan.

Katanya kawasan pengeluaran padi yang paling luas setakat ini di Terengganu ialah di Jelapang, Setiu yang melibatkan kawasan lebih 100 hektar dan kos kemudahan asas hampir RM50 juta.

Terengganu memerlukan kawasan seluas 24,000 hektar pada tahun 2020 bagi tanaman padi untuk menampung keperluan dalam negeri.

Kerajaan BN Jugak!!!
 


Penduduk Marang terutama Rhu Rendang perlu berubah supaya zaman kegemilangan ketika Datuk Abdul Rahman Bakar dari Barisan Nasional (BN) menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal(1999-2008), pelbagai projek Kerajaan Pusat dapat dijayakan dan dilaksanakan dengan lancar.


Sepanjang 1999-2004 pelbagai projek Kerajaan Pusat berjaya dilaksanakan di Marang termasuk Bangunan Mara, jeti pendaratan ikan, projek mendalamkan muara sungai Marang, Institut Latihan Perindustrian, Institut Latihan Belia, bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Marang dan Institut Latihan FRU. 

Secara umumnya, Daerah Marang dan Pusat Bandar Marang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang merupakan antara bandar yang paling ketinggalan di segi pembangunan sejak 30 tahun lalu.



Puncanya mudah. Ia berada di bawah pemerintahan pembangkang.Rhu Rendang antara kawasan yang paling ketinggalan dalam arus pembangunan dan segala yang dikecapi hari ini merupakan `ehsan’ daripada Kerajaan Pusat. Peruntukan dari aspek bantuan dan menyediakan kemudahan yang disediakan kerajaan negeri kepada rakyat mungkin sama sebagaimana kawasan lain, tetapi banyak pembangunan yang mahu dilaksanakan Kerajaan Pusat seperti Kolej Matrikulasi yang diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU )Ke-12, terbengkalai selepas Parlimen Marang jatuh ke tangan Pas,kata Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Haji Nik Dir Nik Wan Ku.

Proses menyalurkan peruntukan bagi membangunkan kolej berkenaan yang dikatakan sudah mempunyai kontraktor itu terbantut apabila Marang yang sebelum ini di bawah Kerajaan Barisan Nasional beralih kepada Pas selepas PRU 12.

Selain Kolej Matrikulasi, Pusat Kesihatan Marang, Pejabat Pelajaran Daerah Marang, Pejabat Gunasama Persekutuan, Mahkamah Majistret, Pejabat Pendaftaran Negara, Sekolah Menengah Sains dan Mini Stadium yang mana semuanya sudah ditentukan kawasan bagi pembangunan projek oleh Kerajaan Pusat itu gagal diteruskan. “Inilah akibatnya apabila penduduk Marang sendiri yang menggadai kawasan mereka kepada pembangkang pada PRU 12 yang lalu."


Pendek kata semua pejabat kerajaan dan agensi berkenaan sudah ada peruntukan dan tanah masing-masing, serta hanya menunggu untuk dibangunkan sahaja. Tetapi malang sekali, peranan wakil di peringkat Parlimen gagal meneruskan kesinambungan perjuangan membangunkan Marang serta Rhu Rendang sendiri,” ujarnya.

Perkara-perkara yang disebut di atas hanya beberapa contoh tidak termasuk pemberian BR1M, e-Book kepada pelajar sekolah rendah, bantuan Dana Remaja, Bantuan Hari Raya, Bantuan One-Off untuk ke IPTA dan IPTS, dana untuk warga emas, Bantuan Penyakit Kronik dan banyak lagilah…

Persoalan ialah apakah dengan kedudukannya sebagai Presiden PAS dan dianggap ‘Tok Guru’ oleh pengikutnya, Hadi tidak perlu melihat ‘masalah rakyat yang dianggap hanya perkara kecil’ sedangkan isu Islam dan kerjasama dalam pakatan rakyat lebih besar?

Siapa melihat masalah belia dalam konteks sukan, pembelajaran, keusahawanan dan aktiviti roada lain kalau bukan pemimpin UMNO dan BN seperti Senator Datuk Abdul Rahman Bakar (kiri), Datuk Yahya Khatib Mohamad, ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah, Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Bukit Payong, Zaidi Muda dan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku?

Malah, perbahasan Hadi pada Sidang Dewan Undangan Negeri  yang lebih bersifat ‘ceramah’ tidak pun menimbulkan isu rakyat dan pembangunan di Marang.

Apakah Hadi meletakkan dirinya sebagai orang yang hanya layak untuk berbahas mengenai isu-isu agama semata-mata?


Tidakkah Hadi merasa berdosa membiarkan rakyat di Marang lebih bergantung kepada kerajaan BN dalam mendapatkan sokongan, bantuan atau apa sahaja keperluan mereka kerana Hadi meletakkan kefahaman bahawa memang kerajaan perlu mengambil tahu semua masalah rakyat?

Jadi jika demikian, untuk apa Hadi mahu terus menjadi Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang?

Makan Gaji Buta dan mengharapkan kerajaan BN Terengganu dan Pusat ‘mencuci segala kekotoran kelembapan pembangunan dan masalah rakyat di Marang?

Ternyata PAS mempunyai Presiden, Ahli Parlimen di Marang yang juga ADUN Rhu Rendang yang hanya bijak bercakap tetapi TIDAK MENGOTAKAN KATA-KATANYA BAGI MENGAMALKAN ADDIN YANG diperjuangkannya! Inikah jenis wakil rakyat atau pemimpin Islam yang wajar diagung-agung dan disanjung?

Kerana itu, BN Marang kini begitu bersemangat dan penuh yakin untuk menang semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung daripada parti PAS selain kerusi Parlimen Marang yang kini disandang Abdul Hadi.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad (kanan), berkata dalam usaha merampas semula DUN Bukit Payung dan Parlimen Marang, dua kerusi DUN iaitu DUN Pengkalan Berangan dan DUN Alor Limbat, yang kini disandang BN tidak mempunyai masalah untuk dipertahankan.

Katanya, jika BN berjaya mempertahankan Pengkalan Berangan dan Alur Limbat selain, merampas kembali DUN Bukit Payung, selain mengurangkan majoriti di DUN Rhu Rendang yang kini disandang Abdul Hadi, tidak mustahil Parlimen Marang juga akan kembali bersama BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. 

hambali1  (Bahagian 1, Bahagian 2 & Bahagian Akhir

TEGANUKINI

Monday, May 14, 2012

Negara Akan Kembali Ke Tahun 1511 Jika Pakatan Pembangkang Menang PRU-13


Negara akan kembali ke era tahun 1511, dengan agenda bumiputera tidak lagi diwujudkan, sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum ke-13, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata negara berkemungkinan kembali kepada zaman pemerintahan Francis Light dan Alfonso de Albuquerque jika pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan kerana mereka dilihat tidak mampu memperjuangkan agenda bumiputera.

"Kita tahu bahawa agenda bumiputera satu perkara penting pada tahun sebelum tahun 1511. Selepas itu, selepas 446 tahun kita tak cakap mengenai agenda bumiputera dan selepas merdeka baru kita kembali memperjuangkan agenda bumiputera.

"Kita tak pasti sama ada parti yang memerintah (pakatan pembangkang) akan pegang kepada konsep agenda bumiputera.

Kalau mereka memerintah automatik kita akan balik ke zaman 1511," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Usahawan Gemilang anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Berhad di Tasik Gelugor, semalam.

Beliau berkata perkara itu kini boleh dilihat di Pulau Pinang apabila masyarakat Melayu seakan-akan dipinggirkan dan agenda bumiputera juga tidak diperjuangkan di negeri ini.

Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata hal sedemikian tidak akan berlaku jika BN kekal sebagai kerajaan memandangkan sejak negara memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memperjuangkan agenda bumiputera bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat itu.

Katanya beliau yakin BN akan kekal berkuasa di Putrajaya dan negeri lain kerana sokongan dan keyakinan rakyat kepada parti itu semakin meningkat.

Beliau berkata BN akan memastikan rakyat akan terus bersama menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menjadikan negara sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Tuesday, May 8, 2012

Muka Tak Malu! Ostat Khalwat Badrulamin Masih Beri Ceramah Di Masjid?

 "Bagaimana agama Islam ini memandu ustaz untuk berfikir di luar kotak pemikiran dan falsafah politik. Saya terfikir sendirian, apakah ustaz tidak malu kepada umat Islam, ketika ustaz berkhutbah di atas mimbar, maka berkemungkinan yang terbayang di kepala ahli jemaah, adalah kes khalwatnya yang ternyata nampak belum menyebelahinya."

Pada Jumaat lepas, saya bersolat Jumaat di masjid Taman Ehsan. Sebaik saja melangkah masuk ke masjid, saya agak terkejut apabila melihatkan Ustaz ,yang terkenal sebagai orang kuat PKR yang didakwa berkhalwat baru-baru ini sedang rancak berkhutbah.

Saya jadi pelik, bagaimana ustaz sanggup berdiri di atas mimbar, sedangkan kes khalwatnya itu masih lagi berjalan dan belum selesai. Bagi saya, ini bukan isu undang-undang, tetapi ini adalah isu kredibiliti dan maruah seorang Muslim.

Saya tertanya-tanya, bagaimana cara ustaz berfikir.

Bagaimana agama Islam ini memandu ustaz untuk berfikir di luar kotak pemikiran dan falsafah politik. Saya terfikir sendirian, apakah ustaz tidak malu kepada umat Islam, ketika ustaz berkhutbah di atas mimbar, maka berkemungkinan yang terbayang di kepala ahli jemaah, adalah kes khalwatnya yang ternyata nampak belum menyebelahinya.

Saya masih terngiang-ngiang pengakuan ustaz dipukul dan teraniaya di dalam kes tersebut.

Namun apa yang jelas, ketika muncul di kaca tv, wajahnya tidak berubah. Tidak ada bengkak atau kecederaan yang terzahir di wajah Ustaz.

Malah, tidak ada tersiar di dada akhbar atau media alam maya, mendedahkan tubuhnya yang bengkak-bengkak akibat dipukul oleh 20 orang lelaki, seperti yang didakwanya itu.

Timbul persoalan, apakah Ustaz kini sudah pandai menipu?

Apakah sejak masuk politik, maka berbohong tidak lagi menjadi dosa? Apakah setelah ustaz menyertai politik, maka segala-galanya boleh menjadi halal sekiranya keadaan darurat politik untuk menyelamatkan karier dan undi memerlukannya?

Sekiranya Ustaz menipu, maka apakah peribadinya, dan hatinya serta jiwanya seorang ustaz, yang sanggup menebalkan muka, malah berkhutbah Jumaat dan bercerita tentang agama, sedangkan dia sendiri sedang begelut dengan kes maksiat?

Ini mengingatkan saya bagaimana mentor pujaan beliau, Anwar Ibrahim juga pernah melakukan perkara yang sama.

Apakah layak seorang ustaz yang menipu naik di atas mimbar lalu memberi khutbah Jumaat? Jika dulu, ustaz cukup lantang membantai, mengutuk malah juga menghina orang-orang yang tidak selari pendapat dengan ustaz, apatah lagi dengan orang-orang yang mempunyai masalah moral, maka ustaz akan mencerca dan membuka aib mereka tanpa ada segan silunya.

Bahkan, ustaz sendiri pernah mahu memancung kepala seorang ulama, hanya kerana perbezaan pendapat dalam politik. Tetapi hari ini, ustaz sendiri terpalit dengan isu-isu maksiat dan ternyata isu ini lebih memalukan.

Bukan sahaja terhadap diri ustaz, tetapi kepada keseluruhan umat Islam di negara ini. Bagaimana seorang ustaz boleh ditangkap bersama-sama dengan seorang isteri orang, pada jam dua pagi di bilik hotel mewah?

Apakah ustaz mahu menyalahkan UMNO sedangkan ustaz sendiri tahu bahawa kita dilarang untuk berada di dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah?

Tidakkah seorang ustaz tahu akan perkara itu? Sudah pasti ustaz tahu, namun ustaz sendiri yang buat-buat tidak tahu kerana mengikut nafsu sepertimana ustaz selalu mengikut nafsu politik ustaz bila berceramah dan berkata-kata. Kata ustaz, ini adalah propaganda politik untuk menjatuhkan imej ustaz.

Apakah ustaz fikir bahawa rakyat ini terlalu bodoh, untuk membezakan kebatilan dan kebenaran di dalam negara ini. Semua orang tahu tentang kes ustaz yang mempunyai isteri dua.

Semua orang tahu bahawa kelemahan ustaz untuk menjadi seorang suami yang berpaksikan contoh Rasulullah saw apabila tersebarnya cerita keganasan rumahtangga di dalam kendalian ustaz.

Sebagai salah seorang umat Islam yang kerdil dan hina, saya minta agar ustaz bergeraklah di dalam masyarakat seperti seorang pendakwah biasa.

Pendakwah yang hanya mengharapkan ganjaran dari Ilahi semata-mata dan bukannya ganjaran dunia.

Keluarlah dari dunia politik kerana ia terlalu kuat dugaannya terhadap ustaz. Sekali ustaz silap, Islam akan tercemar di mata masyarakat. Fitnah akan menular di kalangan akar umbi umat Islam yang lebih banyak yang buta dari yang celik. Ustaz…kembalilah ke pangkal jalan.

 Ingatlah ikrar ini bahawa Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya kerana Allah semata-mata…Ingatlah… Faqir Illalah…

parpukari

Wednesday, May 2, 2012

Itu Azmin Ali - Ummi Hafilda Yakin 99.9 Peratus


Adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ummi Hafilda hari ini berkata, beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.
 
Sehubungan itu, beliau mencabar Azmin membuat laporan polis untuk menafikan gambar yang tersiar di akhbar dan beberapa laman blog tempatan adalah bukan dirinya.

"Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia," katanya kepada pemberita di KualaLumpur.

Beliau turut mendesak Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar dan blog terbabit bagi membersihkan nama baik keluarga mereka dalam tempoh tujuh hari.

Katanya, jika Azmin tidak berusaha untuk membersihkan namanya, beliau sendiri akan membuat laporan polis bagi mengetahui perkara sebenarnya dan jika Azmin didapati memang terbabit dalam skandal seks itu, abangnya haruslah meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Katanya, jika benar Azmin berkelakuan seperti itu, dia telah mencemarkan nama keluarga dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat sebaliknya harus meletak jawatan dan memberi tumpuan kepada keluarga.

Ummi berkata, Azmin telah lama tidak pulang untuk menziarahi ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, yang semakin uzur.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, dipetik oleh akhbar tempatan sebagai berkata, imej lelaki dalam gambar lucah itu bukanlah dirinya dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap beliau menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Saturday, April 28, 2012

Persetubuhan Dengan Mayat Isteri - Mesir Kembali Ke Zaman Apa?

Dewan Rendah Parlimen Mesir...
Seseorang suami akan dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan mayat isteri mereka - sehingga enam jam selepas kematian wanita berkenaan.

Undang-undang kontroversi itu adalah sebahagian daripada langkah baru diambil Parlimen Mesir.

Parlimen turut mencadangkan usia minimum untuk seseorang perempuan bernikah diturunkan kepada 14 tahun, selain mengekang hak wanita mendapat pendidikan serta pekerjaan.

Perubahan itu dibantah Majlis Wanita Kebangsaan (NCW) Mesir dan mereka giat menjalankan kempen bagi mengelak ia diluluskan. Ketua NCW, Dr Mervat al-Talawi, berkata undang-undang itu merendahkan status wanita dan menjejaskan pembangunan negara.

Dr Mervat turut menulis kepada Speaker Parlimen, Dr Saad al-Katatni, bagi menyatakan kebimbangannya. Wartawan akhbar al-Ahram, Amro Abdul Samea, melaporkan usul itu dibentangkan hasil “tafsiran terhadap hukum Islam.

” Isu hubungan seks dengan mayat isteri timbul pada Mei tahun lalu apabila seorang ulama Maghribi, Zamzami Abdul Bari, berkata status perkahwinan seseorang kekal walaupun seorang daripada mereka meninggal dunia. Zamzani berkata, seorang wanita juga berhak mengadakan hubungan seks dengan suaminya walaupun lelaki terbabit meninggal dunia.

Pandangan itu dilaporkan laman sesawang alarabiya.net baru-baru ini. Usul di Parlimen Mesir itu dibentangkan melalui draf undang-undang digelar “Asmara Selamat Jalan.”

Sementara itu, seorang personaliti televisyen Arab, Jaber al-Qarmouty, mengecam cadangan berkenaan. “Ia tidak boleh diterima. “Adakah ajaran Islam boleh menerima pandangan itu?” katanya.

Harian Metro

Wednesday, April 25, 2012

SPR Cetak 5,000 Naskah Buku Tepis Dakwaan Pembangkang

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mencetak 5,000 naskah buku yang menjawab segala dakwaan pembangkang ekoran mereka kerap mempertikaikan kredibiliti sistem daftar pemilih.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika sidang media pelancaran buku tersebut berkata, pihaknya berharap segala dakwaan pembangkang itu dapat dijawab dengan penghasilan buku berkenaan. Buku yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ini sudah dicetak sekitar 5,000 naskah, dengan versi berbahasa Inggeris masih lagi berada di dalam proses percetakan.

“SPR telah mencetak 5,000 naskah versi bahasa Melayu. Untuk versi berbahasa Inggeris masih lagi dalam proses,” katanya dan menambah, kos setiap naskah berkenaan dianggarkan berharga RM4.

Tambah Abdul Aziz, sejak laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkenaan penambahbaikan pilihan raya membentangkan laporan mereka, pihaknya menerima pelbagai reaksi berkenaan daftar pemilih yang menurutnya, kebanyakan daripada reaksi dan dakwaan itu adalah tidak tepat.

“PSC dibentang dan diluluskan Parlimen pada 2 April lalu, dan banyak reaksi diterima daripada media dan pelbagai pihak. (Namun) banyak perkara yang dikatakan itu tidak tepat,”katanya.

“Ini kerana mereka tidak begitu faham proses di SPR ini, banyak pihak memperkatakan berkenaan daftar pemilih. Jadi kita telah mengemukakan jawapan terhadap dakwaan beberapa isu yang berkaitan daftar pemilih dalam buku kecil ini.”

Buku 12 muka surat itu akan diedarkan kepada parti politik, jabatan-jabatan kerajaan dan organisasi media termasuk orang ramai, merangkumi jawapan terhadap 12 dakwaan pembangkang terhadap sistem daftar pemilih di negara ini yang dipertikaikan mereka. “SPR amat mengambil berat berkenaan perkara ini,” katanya.

“Sistem pilihan raya Malaysia adalah antara yang terbaik, hinggakan negara luar melawat ke negara kita untuk melihat sendiri sistem pilihan raya kita.”

 Malah, tambahnya, negara-negara asing ini juga turut menjemput pihaknya untuk memantau pilihan raya di negara mereka.

“Kalau mereka tidak percaya, kenapa mereka jemput kita?” soalnya ketika sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini. Selain itu, Abdul Aziz juga meminta sesetengah pihak tidak mempersoalkan kredibiliti SPR kerana menurutnya, jumlah pengundi yang ramai di negara ini, mustahil untuk SPR membersihkan 100 peratus senarai daftar pemilih berkenaan.

“Kita ada 12 juta pengundi. Mesti akan berlaku sedikit kesilapan. Mana ada negara yang sistem daftar pengundi mereka betul-betul bersih.

“Janganlah kerana sedikit kecacatan kita terus tuduh yang bukan-bukan kepada SPR. Ini sama seperti ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’,” katanya merujuk kepada perumpamaan Melayu.

“SPR mengharapkan dengan pengedaran buku ini, dakwaan sesetengah pihak dapat disangkal dengan fakta berikutan mereka sering mempersoalkan kredibiliti sistem daftar pemilih SPR,” tambahnya lagi.

Tuesday, April 24, 2012

Pemilikan Ekuiti Bumiputera Meningkat Kepada 23 Peratus - Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat dari kiri) sebelum bermulanya mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputra di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan peningkatan pemilikan ekuiti bumiputera kepada 23.09 peratus bernilai RM167.7 bilion pada 2010 berbanding dengan tahun 2008 pada 21.9 peratus bernilai RM127.4 bilion.

Selain itu, beliau turut mengumumkan kolaborasi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dengan dua syarikat induk di bawah program TeraS iaitu Ahmad Zaki Resources Bhd dan MITC Ancasa Hotel (M) Sdn Bhd, yang bakal melibatkan pemberian kontrak pembekalan bernilai RM500 juta kepada syarikat-syarikat bumiputera dalam masa dua tahun.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata peningkatan ekuiti tersebut adalah berdasarkan pelaksanaan program untuk memperkasakan agenda bumiputera sebagai agenda utama negara yang dilaksanakan kerajaan.

 Beliau berkata dasar itu telah dapat mengembangkan peranan agensi-agensi Amanah Bumiputera dan juga badan-badan yang layak diiktiraf sebagai bumiputera seperti Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan juga kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

"Ini semua telah menambah kepada ekuiti tambahan kepada bumiputera dengan peningkatan begitu baik sekali, kita juga melihat kemampuan syarikat-syarikat bumiputera kian bertambah dan mereka juga ada menyumbang kepada peningkatan peratusan syarikat bumiputera," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang berlangsung selama kira-kira dua jam di Putrajaya, semalam.

Mengulas mengenai keyakinan untuk mencapai sasaran pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus pada tahun 2020, Najib berkata ia tertakluk kepada beberapa faktor termasuk suasana dan iklim ekonomi dalam dan luar negara.

"Mengikut analisa kita, kalau ekonomi boleh berkembang seperti setahun dua kebelakangan ini dan jika kita dapat meneruskan momentum ini, ada harapan besar, Insya-Allah, matlamat 30 peratus itu dapat dicapai menjelang 2020," kata perdana menteri.

Peningkatan pemilikan ekuiti pada 2010 adalah berasaskan keseluruhan ekuiti yang berjumlah RM726.4 bilion pada 2010 berbanding RM581.8 bilion pada 2008, kata beliau.

Najib berkata pemilikan ekuiti bumiputera itu termasuk pemilikan individu-individu, Institusi Kepentingan Bumiputera seperti Lembaga Tabung Haji dan LTAT dan Agensi Amanah (yang diberi mandat oleh kerajaan) seperti PNB, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).

Di bawah program TeraS, perdana menteri berkata sebanyak 130 syarikat bumiputera telah dikenalpasti dan kolaborasi TERAJU, Ahmad Zaki dan MITC Ancasa di bawah program itu, bakal memberi lebih banyak peluang perniagaan kepada syarikat bumiputera yang lebih kecil ke arah menjadi juara korporat bumiputera pada masa hadapan.

Ahmad Zaki bakal bekerjasama dengan TERAJU untuk memperkenal program pembangunan rantaian pembekalan dalam industri pembinaan di mana syarikat itu akan menawarkan kontrak pembekalan bernilai RM500 juta.

MITC Ancasa Hotel pula akan melabur RM100 juta dalam jangka masa tiga tahun untuk merealisasi pelan perkembangan perniagaannya secara agresif, yang bakal memberi peluang kepada syarikat Bumiputera yang lain melalui pewujudan perniagaan sampingan, termasuk makanan halal, logistik serta persembahan kebudayaan.

Sementara itu, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dalam satu kenyataan berasingan, berkata pemilikan ekuiti Bumiputera tertinggi mengikut sektor terdiri daripada industri kewangan, insurans dan takaful, yang telah meningkat kepada 37.56 peratus bagi tahun 2009 dan 38.97 peratus pada tahun 2010.

Dari segi nilai, pemilikan ekuiti Bumiputera dalam industri berkenaan meningkat daripada RM53.35 bilion pada tahun 2009 kepada RM65.37 bilion pada tahun 2010, iaitu peningkatan sebanyak 22.5 peratus. Industri perdagangan borong dan runcit merupakan industri yang mempunyai bilangan syarikat Bumiputera tertinggi berbanding industri lain, katanya.