Saturday, August 14, 2010

TUNGGU WAN AZIZAH SAMAN EZAM

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan tegas menafikan ‘tohmahan jahat’ Ezam Mohd Nor.

Apa yang dikatakan oleh bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan itu?

Wan Azizah mendakwa Ezam menuduhnya pernah menghubungi beliau dan memberi arahan supaya orang ramai tidak mendekati Anwar.

Menurut Wan Azizah: "Pada pagi 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau diarahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar," kata Wan Azizah.

Sehubungan itu, beliau dengan tegas menafikan dan menganggap it tohmahan jahat Ezam yang sengaja mereka cerita setelah bersama UMNO dan tidak sebelumnya.

“Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan UMNO, kerja beliau hanya mencerca kami,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, kelmarin.

Dr Wan Azizah juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Ezam.

Persoalannya bila mahu repot polis atau saman Ezam di mahkamah? Bila dan BIla?

Semalam, Ezam menempelak Wan Azizah yang mengeluarkan kenyataan akan menyamannya selain mencabar Wan Azizah bersumpah.

Menurut Ezam, fitnah seperti yang dikatakan Wan Azizah, adalah lebih baik perkara itu diselesaikan dengan cara Islam.

"Saya cabar Azizah bersumpah di depan ulama di tempat yang dipilih sendiri olehnya. Saya tidak takut atau gentar kerana Mahkamah Allah sentiasa menyebelahi orang yang benar. Tidak perlu menunggu mahkamah awam yang tidak tentu bila kesudahannya.

"Saya bersedia bersumpah mengatakan saya bercakap benar, bukan menyebarkan fitnah. Apa yang saya katakan adalah benar berlaku.

"Jika Azizah hendak juga membawa perkara ini ke mahkamah, silakan, saya bersedia menghadapinya dan akan mendedahkan perkara ini di mahkamah," katanya.

Dalam masa sama, beliau secara sinis turut mengingatkan Wan Azizah agar tidak menangguhkan perbicaraan sekiranya ingin mengheretnya ke mahkamah sebagaimana yang dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ezam turut menyatakan kekesalan yang diluahkan ibunya, Aishah Osman, 64, yang kini sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap Wan Azizah sekiranya isteri kepada Penasihat PKR itu terus melepaskan tuduhan dan fitnah terhadap Ezam.

Menurut Ezam, ibunya membuat keputusan itu kerana tahu anaknya tidak membuat fitnah dan bercakap benar dengan apa yang diperjuangkan selama ini.

"Ibu saya kesal dengan tindakan Wan Azizah yang bermuka-muka dan tidak mengaku apa yang dilakukan selama ini.

“Ibu saya amat rapat dengan dia (Wan Azizah), hinggakan beliau memanggilnya bonda, ibu juga tempat Wan Azizah mendapatkan nasihat sebelum ini," katanya.

Menurutnya, tindakan berkenaan akan dilakukan ibunya selepas Ramadan kerana menghormati bulan yang mulia ini.

Wan Azizah pula enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat hasil menerima upah pimpinan UMNO.

Walaubagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama beliau secara peribadi, beliau mengingatkan Ezam supaya menghentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

“Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke mahkamah dan Mahkamah Syariah,” tegas Wan Azizah.

No comments: