Saturday, July 10, 2010

CERITA PROTON 2 - Lubuk untuk biayai PAS dan Pakatan?

Sumber: The Unspinners

Ini satu lagi posting mengenai Proton.

Hairan ... PAS, DAP dan pembangkang sentiasa mengkritik polisi mengenai Proton. Rupanya ramai sekali orang PAS suka bekerja dalam Proton, khususnya orang Kelantan yang begitu ramai di Proton. Itu tidak menjadi hal. Program kerajaan bukan untuk satu parti saja.

Ada berpendapat keadaan demikian berlaku kerana Pengerusi dan CEO-CEO Proton dari dulu tidak putus-putus adalah orang Kelantan dan mereka gemar membantu anak negeri mereka. Itu pun tidak menjadi hal. Asalkan dalam membantu anak negeri atau saudara mara tidaklah sampai ianya mengenepikan yang lebih berhak.

Ada beberapa lagi cerita mengenai Proton yang telah menggelisahkan blogger RBF. Berikut senarai persoalannya terhadap Proton:

Dibawah ini adalah dakwaan saya terima mengenai Proton, harap Datuk Syed Zainal dapat jawab atau jelaskan dakwaan-dakwaan ini samada ianya benar atau tidak.

1) Proton guna Badan Modal Insan untuk kembangkan fahaman pembangkang dengan harapan kalau mereka menang PRU 13 nanti Syed Zainal akan jadi menteri.

2) Proton membenarkan penceramah-penceramah pembangkang memasuki Proton dan menyampaikan ceramah pada bulan Ramadhan.

3) Penghujung julai 2009 Proton bawa masuk penceramah yang agungkan Nik Aziz selepas solat hajat. Difahamkan Syed Zainal turut berada di sana.

4) Dakwaan peribadi, saya memilih tidak mahu menyiarkannya.

5) Seorang pengurus besar jabatan buat hal dalam bilik 303.

6) Kerugian Proton sebanyak RM 40 juta di Iran.

7) Difahamkan Proton beri bantuan geran sebanyak RM 5 juta kepada Ingres yang mana pemilik syarikat tersebut adalah penyumbang utama kewangan kepada PAS dan PKR.

8) Melantik klinik milik ADUN PAS Meru sebagai klinik panel Proton.

9) Difahamkan Hj Yunos iaitu orang kanan Syed Zainal yang mana Hj Yunos adalah penggerak PAS dalam Proton dengan gaji RM 18 ribu sebulan bakal dilantik sebagai salah seorang pengurus besar.


Itulah dakwaan-dakwaan yang saya terima.

Kami tidak mahu tersilap seperti sebelum ini, maka kami harap Dato Syed Zainal jelaskan apa-apa yang didengar di atas.

No comments: