Saturday, March 6, 2010

AHMAD AWANG DERHAKAI MELAYU DAN ISLAM http://selumbaq.blogspot.com

http://selumbaq.blogspot.com

Harussani mendedahkan cadangan kerajaan campuran di Perak mendapat persetujuan kepimpinan PAS. Nik Aziz dan Hadi Awang malah Haron Din pun bersetuju dengan cadangan itu atas dasar membentuk kerajaan Melayu Islam 100%. Walau bagaimana pun ianya ditolak oleh Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak yang juga Naib Presiden PAS pada masa itu.

Nik Aziz pun setuju juga. Ide penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah dianjurkan oleh Hadi Awang. Kenapa Nik Aziz kemudiannya menidakkan ide kerajaan perpaduan? Mungkinkah Nik Aziz ditekan proAnwar dalam PAS? Kumpulan tolak ulamak dalam PAS yang lebih dikenali dengan Erdogan cukup erogan dan berjaya mempengaruhi Nik Aziz mengikut telunjukkan mereka. Anwar berjaya memupuk ideologi anwarisme dalam PAS melalui agen-agennya, seperti Kamaruddin Jaafar, Hatta Ramli, Mahfuz, Mad Sabu, Husam Musa dll.

PAS diperkuda oleh Anwar untuk memastikan penyokong-penyokong PAS juga menyokong cita-cita dan impian politik peribadinya menguasai Putrajaya. Begitu mudah Anwar melalui agen-agennya meresapi organisasi politik dan hinggap di tampuk kuasa PAS. Anwar sedar PAS mampu membantu beliau mencapai impian, malang sekali PAS dibutakan dari melihat kemampuan dan kekuatan diri sendiri untuk menjadi tonggak.

Kenapa PAS selalu memilih untuk menjadi penumpang tetapi tidak sebagai pemandu? dalam Angkatan Perpaduan Ummah pun PAS hanya menjadi penumpang kelas dua dengan membiarkan Tengku Razaleigh memainkan peranan utama. Kini PAS lagi sekali menjadi penumpang kelas dua dalam pakatan rakyat.

"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP)."
Ini ajaran Nik Aziz. Ahmad Awang membawa ideologi yang sama dengan Nik Aziz yang sanggup berkawan dengan syaitan sekalipun. Ahmad Awang tolak kerajaan campuran di Perak kerana kalau tubuh kerajaan bersama BN dia tetap tiada kedudukan atau jawatan dalam kerajaan Perak. Ahmad Awang tak bertanding dalam PRU12.

Kalau bertandingpun dia bertanding peringkat Parlimen, dua kali bertanding dan tewas di Bagan Serai. Dia bagi seat tu kepada Mohsin dari PKR. Mohsin PKR bertanding dan menang, tetapi dua tiga hari lepas keluar PKR menjadi Bebas. Ahmad Awang jadi frust dan marah kepada Mohsin sampai ugut nak sembahyang hajat tujuh hari tujuh malam kalau Mohsin tak kosongkan kerusi parlimen Bagan Serai dalam tempoh tujuh hari. Kalau kosong boleh Ahmad Awang bertanding pula. Ahmad Awang tersilap, dia tak percaya kata-kata " third time lucky". Kalau dia bertanding hari tu confirm menang dan bergelar YB sekarang.

Kalau Nik Aziz pun setuju, Hadi pun setuju kenapa sekarang orang PAS yang tak berkenan Hadi Awang dok tuduh Hadi dan gengnya- Geng Terengganu/UG- sahaja sedangkan Nik Aziz pun setuju juga. Nik Aziz ni dah nyanyok rasanya, sekejap setuju, lepas tu tak setuju dan lepas tu setuju pulak. Pendirian goyang atau ada orang yang dok geletek punggung Nik Aziz.

Pendedahan Harussani @malaysian insider

Ayam jantan PAS pulak dok berkokok cabar Harussani letak jawatan Mufti dan masuk politik. Apa punya gila Mahfuz ni! Hadi tak komen, Nik Aziz belum komen, Ahmad Awang pun tak, Idris Ahmad Ketua Penerangan pun senyap lagi, tiba-tiba Mahfuz dah menyalak. Gila nak jadi presiden ke. Sedar la diri sikit, awak tu dulu dok sorong tangga kapal terbang saja, ilmu tak macam mana, menyalak saja hebat. Berapa Anwar bayar elaun untuk menyalak?

“Saya mencabar Tan Sri Harussani meletakkan jawatan sebagai mufti dan beliau secara langsung terlibat dalam politik,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider “Saya tidak tahu apa yang berlaku itu (perbincangan selepas pilihan raya umum). “Tetapi yang penting, bolehkah kita yang ada Pakatan Rakyat, menyertai pilihan raya secara bersama dengan mereka, jatuh bangun dan susah payah menghadapi pilihan raya... tidak boleh mengkhianati semangat setiakawan yang telah dibentuk,” kata Mahfuz. Mahfuz lupakah sebelum pilihanraya umum ke 12 mana ada Pakatan Rakyat !!! Lama selepas PRU12 baru perkataan pakatan rakyat di war-warkan...

No comments: