Saturday, November 14, 2009

SEDIKIT MENGENAI AZIZ BARI







Kumbang mendapat informasi daripada rakan pelajar di UIA. Aziz Bari dikatakan menggunakan platform sebagai pensyarah di UIA untuk menyampaikan doktrin perjuangan Anwar dan membenci kerajaan di setiap kelas yang dikendali oleh beliau.

Pembahagian masa kelas beliau ialah 40 minit menyampaikan doktrin perjuangan Anwar dan membenci kerajaan, manakala setengah jam lagi menyampaikan apa yang sepatutnya beliau sampaikan di dalam kelas.

Maknanya boleh dikatakan di sini beliau lebih mengutamakan perjuangan beliau sebagai boneka Anwar Ibrahim daripada menyampaikan ilmu kepada para pelajar,ini dibuktikan dengan masa yang diperuntukkan adalah lebih kepada penyampaian doktrin perjuangan Anwar dan membenci kerajaan .

Tindakan beliau ini yang menimbulkan kontroversi sama ada UIA kini sedang menawarkan ijazah Pro Anwar di UIA dan diketuai oleh Dekan tidak rasminya Aziz Bari. Menurut rakan Kumbang lagi para pelajar dikatakan susah untuk lulus matapelajaran yang diajar beliau jika pelajar itu memperlihatkan kecenderungan untuk menentang dan tidak menyukai Anwar.

Diharapkan pihak pengurusan UIA dapat mengambil perhatian terhadap perkara ini, jika ingin terus diamkan. Wujudkan sahaja jurusan Pro Anwar Atartuk di UIA dan di universiti lain.

Situasi ini juga turut berlaku di universiti lain dan di sekolah-sekolah kerajaan. Ada satu laporan yang Kumbang dengar di Universiti Malaya. Seorang pelajar dikatakan gagal semata-mata kerana berani memuji cara Tun Dr Mahathir membangunkan negara.

Jika pensyarah-pensyarah seperti Aziz Bari ini tidak mengenepikan profesionalisme dan hanya mementingkan perjuangan dan idealisme politik mereka sahaja.
Apakah yang akan terjadi kepada anak bangsa kita?

Sedih nasib anak bangsa ditentukan seperti ala komunis. "Hanya Lulus jika kamu menyokong pandangan aku".

No comments: