Saturday, September 26, 2009

KENAPA DAN MENGAPA HASSAN ALI DIKRITIK?

Analisis Kumbang (analisis-ringan.blogspot.com)

Isu yang ingin disampaikan dalam analisis Kumbang kali ini adalah mengenai kenapa dan mengapa Hassan Ali dikritik secara berterusan oleh pemimpin Kerajaan Negeri Selangor dan para blogger mengenai isu SELCAT.

Rupa-rupanya kritikan Hassan Ali yang menggesa Prosiding SELCAT dijalankan secara tertutup dan perlaksanaan SELCAT dikaji semula dikatakan akan menggagalkan usaha mereka untuk 'membalas dendam' dan memberi tekanan kepada penjawat awam yang mereka tuduh sebagai 'pembantu BN' pada PRU ke-12 yang lalu dan juga berikutan beberapa pendedahan yang dibuat oleh penjawat-penjawat awam mengenai kebobrokan yang dilakukan Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut blogger Perisik Rakyat, penjawat awam yang membantu BN pada PRU ke-12 lalu telah menggagalkan usaha PAS untuk meraih lebih kerusi dan mereka harus disoal serta disiasat kerana kononnya menyalahgunakan wang rakyat.

Tetapi pernyataan ini bagi Kumbang adalah ayat yang berlapis-lapis dan menuju kepada PAS sahaja demi untuk mempersalahkan Hassan Ali yang semakin menyedari kebobrokan yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Selangor dan SELCAT itu sendiri.

Sebenarnya apa yang Kumbang dan rakan-rakan blogger fahami, prosiding secara terbuka dan perlaksanaan SELCAT ini sendiri adalah untuk mengajar dan memberi tekanan kepada penjawat awam supaya berpihak kepada kerajaan negeri yang ada sekarang dan menutup segala kebobrokan yang mereka lakukan di Selangor. Dengan bahasa mudahnya ia akan membantu kerajaan Negeri Selangor untuk berkuasa di dalam dan di luar dewan.

Ini dibuktikan dengan banyak prosedur baru yang dikeluarkan oleh Menteri Besar demi menjaga kepentingan dan perut Kerajaan Selangor, selain itu Pegawai-Pegawai Tinggi telah diberi amaran oleh Pejabat Menteri Besar supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang membabitkan pentadbiran melainkan dengan arahan daripada pihak atasan.

Dalam pada itu itu Pegawai-Pegawai Kerajaan terutama Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Kemajuan Negeri dan juga Pejabat-Pejabat Daerah telah mula melahirkan perasaan benci terutama kepada pemimpin PKR dan DAP yang cuba menguasai pentadbiran dan mengarahkan supaya pegawai mengikut telunjuk mereka. Banyak projek-projek kecil telah disapu oleh orang-orang PKR dengan alasan mendapat arahan dari Pejabat Menteri Besar.

Menambahkan kemarahan kakitangan dan penjawat awam,penyokong-penyokong yang terlalu fanatik kepada DAP dikatakan sanggup mengugut penjawat awam supaya meluluskan lesen-lesen yang tidak sewajarnya diluluskan. Ada juga dikatakan sanggup memberi rasuah sebagai balasan melulus dan membantu menyiapkan borang-borang permohonan.

Jelas dalam 1 sesi SELCAT juga telah mendedahkan amalan korupsi yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang selama ini menggunakan wang rakyat untuk kempen politik PKR dan PR di Selangor.Secara mudah, dari penjelasan dari 4 pejabat tanah di Selangor, Petaling, Gombak, Klang dan Kuala Selangor, menunjukkan segala peruntukan untuk DUN telah dikeluarkan untuk membiayai aktiviti PKR sahaja tidak untuk PAS dan DAP.

Majoriti dari kes-kes ini, menunjukkan wakil-wakil rakyat PKR telah dibayar peruntukan mereka atau telah mengambil pembayaran peruntukan ini untuk kempen dan memastikan aktiviti politik untuk meraih sokongan rakyat kepada PKR. Ini jelas satu tindakan korupsi PKR yang menggunakan wang rakyat untuk kempen program politik mereka.

Apa yang menyedihkan lagi hanya ahli PKR yang merupakan kroni kepada Khalid Ibrahim sahaja yang diberi peluang di dalam pemberian projek Kerajaan Negeri Selangor. Ahli PKR yang lain tidak dipedulikan walaupun telah lama berjuang dari sebelum Khalid Ibrahim menyertai PKR lagi.

Disebabkan oleh semua perkara di atas memungkinkan penjawat-penjawat awam sengaja diaibkan di prosiding terbuka SELCAT untuk pihak Kerajaan Negeri Selangor membalas dendam terhadap penjawat-penjawat awam yang membocor rahsia sekaligus memberi tekanan kepada mereka untuk menutup mulut.

Khulasahnya, SELCAT bagi Kumbang dan semua orang tahu merupakan alat untuk Kerajaan Selangor mengekalkan kuasa dan menjalankan undang-undang rimba di Selangor. Sebagai bukti menurut rakan Kumbang, Sultan Selangor pun sendiri tidak berkenan dengan penubuhan SELCAT dan begitu juga dengan beberapa adun dalam Pakatan Rakyat Selangor. Hassan Ali yang menyedari SELCAT semakin lari daripada matlamat asal dan menjadi alat kepada kerajaan Selangor mula menegur. Tetapi sayang niat baiknya itu dikeji dan dimalukan rakan sendiri.

Disebabkan itu Kumbang gesa, PAS dan Hassan Ali segera angkat kaki daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Sampai bila PAS Selangor dan Hassan Ali akan duduk dalam pentadbiran ala rimba di Selangor yang menyeksa rakyat terutamanya penjawat awam?

Kumbang gesa untuk PAS sekali lagi "Berubah atau Rebah!"

Thursday, September 24, 2009

SOUR GRAPE DAN LEBIH KERAK DARIPADA NASI…

Ada pelakon tambahan yang bersikap sour grape dengan kembalinya enam ADUN ke arus perdana politik UMNO Terengganu.

Pelakon tambahan ini, kononnya mahu menjadi dalang tetapi ternyata kantoi dan terkejut dengan tindakan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berjumpa Hishammuddin baru-baru ini.

Dia tidak percaya tujuh ADUN berkenaan boleh mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan hala tuju UMNO negeri itu.

Malah, pelakon tambahan ini menulis dalam blognya dengan mempertikaikan kenapa ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam yang mewakili kumpulan ADUN itu boleh membuat kenyataan yang mampu meredakan kemelut politik Terengganu.

Dia bagaikan terkejut dan hampir pengsan apabila pertemuan dengan Hishammuddin itu sebenarnya mahu memperkukuhkan UMNO Terengganu di bawah kepimpinan negeri.

Gelagat pelakon tambahan ini menjijikkan apabila mengucapkan selamat hari raya kepada Menteri Besar mengatakan “Selamat hari raya MB Mat Said. Maaf zahir sahaja deh…”
Hakikatnya, siapa dia ini? Besar sangatkah dia ini? Bijak sangatkah dia ini? Atau mulia dan berpengaruhkan dia ini?

Janganlah nak menjadi ‘lebih kerak daripada nasi…”.

Apabila dua pihak yang berselisih dan kini bercantum kembali, bersyukurlah. Jangan pula ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong…”

Kalaupun mahu membela beberapa orang, janganlah sampai mengherdik atau mencela pemimpin lain yang berusaha menegakkan UMNO demi menjamin Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di Terengganu.

Ingatlah, perpaduan UMNO adalah penting untuk rakyat Terengganu.

Bukan rakyat sahaja yang mahu melihat Terengganu tenang, Pemimpin pusat tenang dan pihak istana juga tenang.

Janganlah terus mahu menjadi pecacai yang cuba melagakan pihak yang sedang mahu berbaik-baik, nanti kita juga yang akan diketawakan.

Ini kerana ketika kita masih dibuai perasaan ingin melaga-lagakan orang, orang yang mahu dilaga-lagakan itu sudahpun duduk semeja dan mentertawakan kita yang bagai tidak bertempat dan beradab.

Selama mana mahu menjadi pelakon tambahan yang wataknya hanya kerja mencucuk jarum memfitnah dan memecahbelah…

Kesian, sudahlah melukut di tepi gantang, tidak tahu mengenang untung dan tidak sedar diri di mana kaki berpijak.

Sedar dan insaflah sedikit, kalau sudah pernah merasai kesenangan dan menerima habuan, berilah peluang orang lain pula merasai nikmat yang sama.

Janganlah kita menjadi jarang anak Melayu yang bersikap memporak-perandakan perpaduan dan persahabatan. Tetapi jadilah jarang anak Melayu yang ingin melihat stabilnya UMNO dan ikatan persahabatan yang semakin erat antara ADUN dan kepimpinan negeri.

Janganlah kita bersekongkol dengan mereka yang enggan tunduk kepada orang lain, termasuk istana, hanya kerana pernah ‘kenyang’ kerana seseorang.

Janganlah persoalkan tidak tentu hala sehinggakan keputusan Sultan melantik seseorang menjadi Menteri Besar pun mahu kita persenda. Tidak baik sebagai rakyat berbuat begitu.
Pihak yang melantik mempunyai sebab tertentu kenapa memilih seseorang. Apakah Baginda Sultan tidak mengambil kira banyak perkara sebelum memutuskan untuk memilih Menteri Besarnya?

Pepatah Melayu ada mengatakan ‘ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi”. Lebih-lebih lagi kita sebagai pengajar, kalaupun benar-benar berbisa, apa salahnya kerana ‘ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya’.

Namun nampak sangat pelakun tambahan ini terlalu bimbang apabila ADUN-ADUN seperti ADUN Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof, , Muhammad Ramli Nuh (Tepoh), Abd Halim Jusoh (Permaisuri), Ramlan Ali (Jabi), dan ADUN Hulu Besut, Nawi Muhamad selain Datuk Din Adam (Bukit Besi) kini sanggup melupakan ‘ribut secawan kopi’.

Pelakun tambahan ini terus khayal kononnya dialah hero dan berusaha untuk terus mengeruhkan suasana agar dirinya dipuja sebagai jarang anak Melayu yang sanggup mengetepikan segala perbezaan dan perselisihan.

Apapun apalah daya kita jika dia terus menjadi pelakun tambahan sedemikian rupa. Biarkan, biarkan….

Biarlah dia hanyut sebagai jarang anak Melayu yang tidak mahu berenang ke tepian atau berusaha mencari daratan.

Mungkin baginya kemelut dan perselisihan lebih mulia daripada bersalam-salaman, makan semeja dan ketawa-hilai bersama!

Jadi sesuai sangatlah jika dia menggelarkan dirinya jarang anak Melayu…kerana pada ketika orang lain sudah bertaut semula, dia masih terkapai-kapai dengan sikap dan falsafahnya selain sour grape dengan kumpulan yang kembali ke arus perdana.

Wednesday, September 16, 2009

16 SEPTEMBER: ULANGTAHUN SATU PEMBOHONGAN...

Oleh: ROSLAN BIAN (Agenda Daily)

















Bagi rakyat negara ini yang mengingati sejarah, 16 September adalah tarikh penubuhan Malaysia.

Pada tarikh itu dalam tahun 1963, Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan, kemudian bersama Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia.
Penubuhan Malaysia menerima tentangan hebat daripada Indonesia di bawah Presiden Sukarno yang melancarkan konfrantasi dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’.

Perjanjian penubuhan Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 tetapi disiytihar secara rasmi pada 16 September 1963 oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Namun, bagi rakyat negara ini yang mengingati sejarah politik tanahair, 16 September khusunya pada tahun 2008 akan diingati sebagai tarikh bagaimana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan kerajaan baru pimpinannya di Putrajaya.

Semuanya bermula dengan perletakan jawatan isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai ahli parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi tersebut.

Ketika kempen pilihanraya kecil itu, poster-poster membayangkan perjalanan Anwar ke Putrajaya antara menarik perhatian ramai bahkan ianya juga antara faktor membantu kemenangan Anwar pada 26 Ogos 2008.

Malah, Anwar menyifatkan kemenangan beliau adalah kemenangan rakyat yang mahukan perubahan di negara ini.

Penasihat PKR itu berkata, ia isyarat jelas rakyat bukan saja di Permatang Pauh malah seluruh negara mahu kerajaan membuat perubahan dengan mengutamakan kepentingan rakyat terutama dalam bidang ekonomi.

Beliau juga memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berjaya memastikan proses pilihan raya berjalan lancar padahal kebelakangan ini SPR sentiasa jadi bahan kritikan dan bertugas di bawah tekanan pembangkang yang menuduh suruhanjaya itu menyebelahi kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dengan nyanyian untuk menawan Putrajaya yang didendangkan ketika kempen pilihanraya kecil itu, irama itu diteruskan dengan cerita kononnya 30 ahli parlimen BN termasuk dari Sabah dan Sarawak akan ‘lompat’ sertai pembangkang bagi menjamin mimpi Anwar jadi nyata.

Pasti masih ada yang ingat bagaimanan ahli parlimen BN yang membuat lawatan sambil belajar ke Taiwan sebelum tarikh 16 September diburu oleh beberapa pemimpin pembangkang.

Bagaimanapun, segala usaha memujuk dan ada juga dakwaan untuk membeli wakil rakyat BN tidak berjaya hinggalah tanggal 16 September 2008 berlalu dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih Perdana Menteri ketika itu.

Bagi menutup kekecewaannya, Anwar mendakwa wakil-wakil rakyat yang dikatakan sudah bersedia menyertai pembangkang diugut supaya tidak menyertai pembangkang.

Peliknya sebelum itu, apabila wartawan meminta Anwar memberikan angka dan menamakan siapa ahli parlimen BN yang sudah setuju ‘lompat parti’, Ketua Pembangkang itu hanya membisu.

Sejak itu, pelan 16 September Anwar untuk menawan Putrajaya melalui pintu belakang menjadi bahan lelucon banyak pihak malah kencaman dan tempelak media.

Selepas itu Anwar masih menabur janji dengan memberikan tarikh selepas Hari Raya Aidiladha menyebabkan sekali lagi rakyat yang menerima perjuangan bekas penghuni Penjara Sungai Buloh itu ternanti-nanti saat tersebut.

Namun, semua itu tidak juga menjadi kenyataan dan yang jelas rakyat negara ini bahkan seluruh dunia yang mengikuti perkembangan politik Malaysia yang sentiasa bergelora selepas pilihan raya umum ke 12 pada Mac 2008 tertipu lagi.

Malah, rakan-rakan beliau terutama dari PAS sendiri awal-awal lagi tidak yakin cita-cita Anwar itu kesampaian.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali mungkin tersenyum sendirian sambil terbayang wajah selamba Anwar mengenangkan apa yang pernah dikatanya mengenai gempak 16 September itu tepat sekali.

Kini pada Rabu, 16 Spetember 2009, ramai rakyat negara ini yang menyokong mahupun menentang perjuangan politik Anwar yang ‘semuanya pembangkang betul’ akan memperingati tarikh itu sebagai genap setahun pembohongan Anwar Ibrahim.

Sifat terlalu yakin Anwar mengenai pelan 16 September serta laluan ke Putrajaya nyata memakan diri.

Bagaimanapun, bagi manusia yang juga dikenali Pak Sheikh ini, semua sandiwara ini bukan sesuatu yang pelik bagi beliau.

Cuma kini disebalik ulangtahun pertama pembohongan 16 Septembernya itu, ada rakyat negara ini masih tertanya-tanya kenapa beliau tidak berani melakukan sumpah laknat atau sumpah depan al-Quran dalam kes dakwaan beliau meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dan disebalik ulangtahun pertama pembohongannya itu juga, ada rakyat negara ini yang masih tertanya-tanya kenapa beliau melalui peguam-peguamnya yang tersohor cuba mengelak kes itu dibicarakan di mahkamah.

Kata orang berani kerana benar... justice delayed is justice denied.
Apapun, selamat ulangtahun pembohongan 16 September. Barangakali Anwar yang dijadualkan berceramah di Kampung Seri Rusa, Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson malam ini tentu ada janji baru hendak ditawarkan kepada rakyat khususnya pengundi pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Monday, September 7, 2009

TAHNIAH PENDUDUK SEKSYEN 23

Daripada mesintaipburuk

Aku nak ucap tahniah kepada penduduk Seksyen 23 Shah Alam kerana perjuangan mereka telah mencapai kemenangan. Suara-suara lantang mereka menuntut hak dan penjelasan akhirnya membuatkan Khalid Ibrahim mengalah. Maka pembinaan kuil di kawasan mereka ditangguhkan. Titik!

Aku bersetuju dengan suara-suara orang Seksyen 23 yang menganggap kerajaan Selangor bawah Khalid lembab menangani masalah rakyat. Sama ada mereka lebih utamakan kepentingan puak2 minoriti yang memberi kemenangan kepada pembangkang memerintah negeri atau semenangnya Khalid bukanlah orang yang layak untuk jadi MB.

Ya Khalid Ibrahim bukan hebat sangat untuk menjadi MB Selangor. Maklum dulunya beliau hanya bertugas menguruskan syarikat kelapa sawit. Itupun ketika zaman Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan BN. Dan ladang2 ini termasuk di sekitar Shah Alam itu kebanyakannya diduduki oleh kaum India. Sebab itulah gamaknya Khalid lebih mengutamakan orang India yang dua tiga kerat di Shah Alam berbanding kaum Melayu yang menjadi majoriti.

Apa pun isu kuil di Seksyen 23 menampakkan dengan jelas kelemahan pentadbiran Khalid dan pakatan pembangkang. Yelah, dulu masa BN memerintah mereka mencari apa saja kelemahan dan kesalahan waima kesilapan itu tidaklah besar mana. Tetapi apabila tiba giliran mereka memerintah negeri, tunggang-terbalik jadinya.

Kalau sudah terang lagi bersuluh buruknya corak pemerintahan kerajaan Selangor, buat apa lagi pengundi2 di negeri ini memberi kemenangan kepada mereka pada PRU-13 nanti. Sekarang kita sudah dapat melihat perbezaan dan boleh menilai yang mana intan dan yang mana kaca.

Aku tak kata pemerintahan BN sempurna tetapi berbanding dengan pembangkang BN nyata lebih berpengalaman mentadbir negeri, kesepaduan antara parti komponen dan yang utama parti Melayu mendominasi kerajaan.

Oleh sebab itulah apa sahaja keputusan BN selama ini lebih mengutamakan kaum majoriti berbanding manoriti. Sebabnya, itulah yang tercatat dalam Perlembagaan negara. Bahasa Melayu bahasa rasmi dan agama Islam agama rasmi. Semua kaum perlu patuh kepadanya!

Kalau tak boleh terima perlembagaan tersebut, dipersilakan meninggalkan negara ini.....!!

Saturday, September 5, 2009

ISU KUIL SEKSYEN 19: HINDU SANGAM "LIDAH BERCABANG"

Sebagaimana dijangka sebelum ini, Hindu Sanggam berubah fikiran dan kini enggan berdamai. Maklumat ini diberitahu oleh beberapa penduduk Seksyen 23.

Sepatutnya pagi semalam ada majlis damai pada pukul 10:30 pagi tetapi dibatalkan kerana mereka dijemput berjumpa dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, exco-exco dan wakil-wakil rakyat yang terlibat.

Sehari sebelum pada hari Khamis 2:30 tengahhari, satu sidang akhbar "perdamaian" bersama juga telah dibatalkan oleh pihak Hindu Sangam.

Semasa mesyuarat dengan Hishamuddin, mereka menyatakan memahami rungutan penduduk dan sedia menerima dengan niat baik penjelasan yang dibuat oleh wakil penduduk.

Kini bukan saja Hindu Sangam membatalkan usaha-usaha perdamaian tetapi ada pihak yang selari dengan mereka, bercadang mengadakan tunjuk perasaan di Kuala Lumpur. Mengapa masaalah Shah Alam perlu adakan tunjuk perasaan di Kuala Lumpur?

Berkenaan rancangan ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan telah memberi amaran keras terhadap sebarang usaha sedemikian.

Disamping itu, Peguam Negara meminta dijalankan penyiasatan lanjut mengenai perkara ini. Ini agak pelik kerana Ketua Polis Selangor, Dato Khalid Abu Bakar telah mengumumkan penyiasatan telah selesai pada Rabu lepas dan lebih 100 kenyataan saksi telah diambil.

Khalid Samad defensif

Selepas pendedahan dibuat mengenai kes ini yang memintas putarbelit yang cuba dilakukan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, beliau telah menghantar surat kepada penduduk Seksyen 23. Boleh diperolehi di blog beliau sini.

Surat ini amat berlainan sekali intonasi dari cara keras dan berkonfrantasi beliau terhadap penduduk Seksyen 23. Isi kandungnya lebih pada memujuk supaya bertoleransi.

Ini ikutan kecaman Khir Toyo yang membidas kerajaan Selangor sebagai "incompetent" kerana tidak boleh menyelesaikan masaalah sedemikian dan hanya pandai menyalahkan orang lain. Laporan kecaman itu disiarkan Malay Mail berikut:

Pakatan govt 'incompetent'

Ex-MB Khir Toyo says State's arrogance led to 'cow head' issue

Masami Mustaza
Malay Mail, Thursday, September 3rd, 2009 07:27:00

STUNG by criticism that their lackadaisical attitude led to the row over the relocation of a Hindu temple to Shah Alam’s Section 23, former Selangor leaders have taken a swipe at the Pakatan Rakyat State government for being “arrogant” and condemned its persistence in blaming others for its incompetency.

Former Selangor Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, incensed by Shah Alam MP Khalid Samad’s remarks that the “cow head” temple relocation issue could have been avoided if the previous Barisan Nasional government had relocated it in the 26 years it was in power, said it was all the fault of the Pakatan Rakyat “arrogant government”.

“The temple issue in Section 19 could have been solved by holding discussions and public hearings but the PR government is an arrogant government that does not want to listen to the views of the community. They believe they are powerful to do anything but when they make mistake, they will shift the blame to the previous government,” he told Malay Mail.

“We have managed to resolve many issues in the past but they cannot even solve a small issue like this.”

“Khalid has forgotten his promise during the general election to resolve all the problems yet to be resolved by the previous government within a year, including the problems surrounding non- Muslim places of worship in Shah Alam. He also promised to close down the brewery in Shah Alam,” Dr Khir claimed.

“What’s certain is that their promises will keep the rakyat waiting for something that will never happen,” he said.

His sentiments were supported by former Selangor Local Authority, Housing, Squatters and Environment Committee chairman Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan, who lashed out at Khalid for saying the BN government had 26 years to relocate the temples, during which there were plenty of options as to where to relocate them.

“Our philosophy was about being open, transparent and promoting the community’s participation. The people are mature and they know that being in a multicultural, multireligious country, there has to be give and take on places of worship and burial plots

“If you are able to discuss and justify your actions, all parties will be able to come to an understanding and a compromise. This was how we handled issues then and if the current State government had chosen to use the same approach, I’m sure the issue wouldn’t have escalated to this level,” Mokhtar said.

He also refuted the opposition’s claim that the BN government did not have the complete data on the number of places of worship in the State.

“We even had a committee to look into the welfare of Hindus, Buddhists and Christians in Selangor. Of course we had the complete data because there were budget allocations for each one of them,” he said, adding that details were available from former exco members Datuk Tang See Hang (former Rawang assemblyman), who was in charge of the committee, and Kamala Ganapathy (former Seri Andalas assemblyman).

WHAT KHALID SAID

YESTERDAY, Khalid said Hindu temples, originally erected on rubber estates by the Indian estate workers, were never relocated by the previous State government after the estates were bought over by the State Economic Development Corporation (PKNS) to be developed into residential areas.

Khalid slammed the BN government, claiming it never took the matter seriously. He claimed that this had led to the situation faced by residents of Section 19, where the location of the temple (to Section 23) was deemed unsuitable as it would be in the middle of a Malay majority residential area.

Pakatan tidak tahu selesai masalah rakyat

Tulisan Khalid Samad jelas menunjukkan dia masih tidak mengambil peduli rungutan yang dihadapi oleh penduduk Seksyen 19 dan hanya berhasrat memindahkan masaalah berkaitan kuil tersebut ke Seksyen 23. Baca komen Selangordaily Blog berkenaan surat Khalid Samad sini.

Sebagaimana juga Khalid Ibrahim, Khalid Samad hanya cepat menyalahkan kerajaan BN kerana tidak menyelesaikan masaalah ini. Padahal usaha sudah dilakukan tetapi kuil tersebut masih berdegil dan bertukar-tukar cakap seperti yang dilakukan oleh Hindu Sangam.

Laporan dari Bernama dan Malay Mail menyiarkan penerangan dari bekas Menteri Besar Dato Seri Dr Khir Toyo berkenaan isu kuil. Laporan Bernama hari ini adalah seperti berikut:

Mohamad Khir: Dua Tapak Kuil Telah Disediakan Sebelum Seksyen 23

SHAH ALAM, 4 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini pernah memperuntukan tapak untuk membina rumah ibadat bukan Islam di Seksyen 18 dan tapak alternatif di Seksyen 22 di Shah Alam pada tahun 2006.

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata semua pihak bersetuju dengan penawaran tapak seluas 0.92 hektar itu yang dapat menampung pembinaan tujuh rumah ibadat.

Tapak tersebut telah telah siap dibangunkan dengan kemudahan asas seperti jalan raya dan lampu jalan dengan kos sebanyak RM600,000, katanya kepada pemberita di tapak berkenaan di sini pada Jumaat.

"Perjanjian awal kita dengan pihak berkenaan mendapat persetujuan sehingga kerajaan negeri menyiapkan kemudahan infrastruktur tetapi sebaik siap pada 2007 mereka enggan berpindah begitu juga dengan tapak di Seksyen 22," katanya.

Dr Mohamad Khir berkata tuduhan bahawa kerajaan negeri sebelum ini tidak prihatin dengan keperluan penganut bukan Islam adalah tidak betul dan berniat jahat kerana tapak untuk menempatkan rumah ibadat disediakan.

Lokasi di Seksyen 18 itu juga tidak jauh dari Seksyen 23 iaitu hanya kira-kira tiga kilometer sahaja, katanya ketika mengulas kontroversi cadangan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 yang mendapat bantahan penduduk beragama Islam.

"Kita yakin tapak ini yang terbaik malah di sini kedudukannya tidak berdekatan dengan perumahan jadi aktiviti keagamaan boleh dilakukan 24 jam tanpa sebarang gangguan," katanya.

Dr Mohamad Khir menjelaskan bahawa memang dari dahulu penduduk Seksyen 23 tidak setuju dengan cadangan tapak menempatkan rumah ibadat bukan Islam di kawasan mereka.

"Oleh itu kita cari tapak alternatif dan semua pihak bersetuju tetapi kini mereka berubah fikiran selepas mendengar janji-janji daripada kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

Ronnie buat tuduhan murah

Ronnie Liu cuba menuduh kerajaan BN sebelum ini tidak mempunyai rekod rumah-rumah ibadat. Perkara ini disangkal Khir Toyo dalam laporan berikut:

No Records

Former Selangor government did not account for the number of places of worship in the State, says Liu

Reena Raj
Malay Mail, Tuesday, September 1st, 2009 08:00:00

SELANGOR State government executive councillor for Local Government, Study and Research Committee Ronnie Liu yesterday said the former State government led by Datuk Seri Dr Khir Toyo never had any records on the number of places of worship in the State.

That’s why the Selangor State government is finding it difficult to get the exact number of places of worship in the State.

Liu said a committee was set up by the current administration a few months ago to look into the matter.

“We tried compiling the numbers, by referring to various religious associations and agencies. However, the number that we compiled was small and inaccurate,” he said.

He also said information was limited as the associations and agencies were only able to provide the number of worship houses registered under them. He added that a letter was sent by the committee to the Registrar of Societies (ROS) several months ago to obtain the number of registered houses of worship in the State but had yet to get a reply.

“The ROS is the only way we can get the exact number. We will be following up with them again,” he said.

Former Selangor Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo denied Liu’s allegations.

Dr Khir told Malay Mail that the data used by the current Pakatan Rakyat (PKR) government was compiled by the previous government under his leadership.

He said the previous administration had complete data on the number of places of worship in the State, where it also had a committee in charge of non-Muslim worship places consisting of non-Muslim exco members, who were Hindus, Buddhists and Christians.

”I see the exco is unaware and ignorant about this and does not know the management cycle. I would like to make it clear that the structure the PKR government is using is the same as that of the previous government,” he said.

He added that the information given was incorrect and was an attempt to pass the blame to other parties

Sikap kerajaan Pakatan rakyat yang hanya tahu mengulang menyalahkan kerajaan yang lepas hanya menunjukkan mereka tiada tahu mentadbir dan hanya penuh retorik ceramah yang cetek dan murah.

Sementara itu, ada peristiwa kurang manis berlaku semalam. Harap semua pihak bertenang agar tidak memanaskan keadaan yang sudah panas akibat usaha ahli politik Pakatan Rakyat untuk mempolitikan masaalah penduduk.

BANGSA MELAYU HARUS KEMBALI MENJADI KURANG AJAR !

Daripada http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/
























melihatkan kesialan onar politik brengset mainan gampangan pakatan di perak, menyusuri cemik wajah sundalan nizar bin jamaludun,ngeh,ngar,sivakumar sang kanina maka harus-harusan umat bangsa melayu hari ini melakukan proses kebangkitan.bangkit untuk menghentikan aksi sialan pakatan.

umat terikat dengan doktrin budaya, kita ini lemah lembut dalam bicara. sopan santun dalam hidup,banyak beralah walaupun adakalanya salah itu menikam jiwa.

kerna banyaknya soal-soal retorikal cerminan budaya bangsa inilah, akhirnya adakala ia menjerat jiwa. aku bukan membawa pemahaman radikal atau antagonis, mahu mengajak kita semua untuk kurang ajar pada budaya kita sendiri.

sudah jelas pada saat ini, kita harus-harusan malahan wajib untuk mengenepikan persoalan melanggar adab dan budaya. nasib agama dan bangsa dalam keadaan amat kritikal.

aku bukan pelopor umno, malah jauh sekali untuk menjadi penulis taraf gampangan dari pakatan . aku dan kamu adalah suara melayu baru, melayu yang perlu untuk tegas bangun pertahankan hak dan hala tuju nasib bangsa agama dan tanah tercinta.

hari ini ada melayu sudah menjadi sundal. sundalan-sundalan terhormat ini datangnya dari pakatan. biarlah aku jujur dalam penulisan. memang benar umno telah silap, dan silapnya itu memakan masa hampir 50 tahun untuk diterjemahkan. rakyat sudah menghukum umno. signal umno untuk bangkit dari kesilapan sudah semakin ketara tampaknya.

pakatan hanya berusia 1 tahun 6 bulan. dalam pada usianya yang sebegini, maha petaka segala kurang ajar telah diterjemahkan. berani aku katakan bahawa apa yang berlaku di depan mata umat yang diperlakukan oleh sundalan pakatan sudah melepasi garisan kritikalnya.

tiada perlu aku terjemahkan satu persatu aksi biadap lagi kurang ajar seluruh ahli pakatan, cuma aku mahu mengajak umat bangsaku untuk tiada merintih sakit hati melihat aksi dipamerkan.

kita, umat melayu harus berganjak.. satu tindakan reshuffle jiwa perlu dilakukan. hentikan sementara budaya bicara sopan kita, melayu perlu kembali untuk menjadi kurang ajar semula.

kurang ajar bukan bererti sembrono melakukan ulangan onar aksi pakatan, tetapi kurang ajar dalam ertikata TETAP DAN TEGAS pertahankan maruah bangsa dan agama.

tawarih kisah dulu lebih kasar caranya. umar al katab akan senantiasa memenggal kepala munafikin islam apabila islam itu tercabar dan dicabar. belum lagi kita bicara penggalan kepala umar terhadap kafirin.

salahudin al ayubi pernah melakukan perkaran yang sama. jiwa martabatkan islam itu dijunjung menjadi satu agenda utama dalam perang crusade.

tanggal 1699, umat melayu telah melakukan satu revolusi. sultan mahmud mangkat dijulang. matinya bukan sahaja kerna membelah perut wanita kempunan nangka, tetapi sultan mahmud mati dibunuh kerna dia melakukan liwat. mayatnya di heret dan direjam di pelabuhan. umat melayu pada tika itu bertindak kurang ajar bukan atas dasar terpengaruh dengan mainan politikal murahan, sebaliknya mahu menjunjung saranan kitab dan hukumnya.

jika melayu tidak kurang ajar, aku yakin sejarah penentangan kental anak melayu bernama leftenan adnan tiada terpahat dalam lipatan. melayu pernah tidak menjadi kurang ajar selama 14 hari pemerintahan komunis. kerna tiadanya sikap kurang ajar itulah seorang imam di tanjung karang telah disepak terajang dalam masjid sewaktu solat isya. imam ini diheret keluar dari musolah, di serkup kepala dan ditembak di bendang depan keluarganya. makmum solat sekadar melihat takut untuk menentang. mereka itu ramai, tetapi ramainya itu persis buih-buih ombak yang berterabur bila memukul pantai.

hari ini roda sejarah khianat umat berulang kembali. anwar,nizar,khalid gereja,ngeh,ngah,sivakumar,gobalakrishnan,kit siang,nik ajis,mahfuz,tantawi,husam,saifudin nasution dan seluruh anggota pakatan semakin biadap pada agama dan bangsa melayu.

islam dijijak dan dihina, dimanipulasi sesuka hati mengikut nafsu serakah mainan politik mereka.mereka sudah tiada punyai perasaan peduli akan lacuran agama kelakuan mereka. apatahlagi maruah bangsa.
sudah... dalam perhitungan bangsa melayu menentang pakatan kita hanya ada dua pilihan.

menjadi melayu yang bangkit untuk bangun dan menentang mereka, atau terus-terusan menjadi kunta kinte di tanah air sendiri.

aku yakin nomor pertama menjadi pilihan kamu. maka sewajarnya kamu harus bangkit dan nyatakan sikap melawan kamu menentang seluruh barisan brengset pakatan ! melayu dan islam adalah tuan di tanah melayu. kamu adalah penguasa,kamu adalah khalifah ,kamu adalah militer dan kamu jua adalah laskarnya.

ayuh kita menjadi melayu yang paling kurang ajar..kurang ajar kepada pakatan haram jadah !