Friday, February 27, 2009

HAI MENTERI, MENTERI….

Nak kata bodoh, bijak.

Mungkin mahu berterus terang. Tetapi kenyataan beliau ini menunjukkan betapa ada Menteri yang tidak pernah merasai susahnya rakyat.

Kerana itu mereka tidak faham penderitaan.

Tidak hairanlah, apabila mengemukakan sesuatu dasar dan kemudian meluluskannya tidak mengambil kepentingan dan kesengsaraan rakyat, Menteri buat tidak tahu sahaja terhadap asakan rakyat.

'Dulu masa jadi menteri tak pernah bayar tol...tak pernah merasa.'

Demikian dinyatakan sendiri Ahli Parlimen Padang Besar Dato' Seri Azmi Khalid ketika diminta mengulas berhubung kenaikan tol mulai 1 Mac yang diumumkan Menteri Kerja Raya, Dato' Seri Mohd Zin Mohamed semalam.

Bila dah tak jadi Menteri baru sedar.

"Dulu semasa jadi menteri tak pernah bayar tol, saya tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang, saya tingggal di Shah Alam dan sering datang ke Kuala Lumpur dan melalui beberapa tol, saya sangat merasai beban tol itu. Kalau saya merasai, orang lain pun tentu merasai," katanya yang dipetik daripada akhbar online.

Kenaikan kadar tol itu melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat, Lebuh Raya Bertingkat AmpangKuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Sungai Besi dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Ini baru satu contoh. Tidak tahulah Menteri mana lagi akan sedar.

Yang jelas pada ketika rakyat bayar tol, bekas Menteri ini kata dia tidak bayar tol.

Tapi baguslah kalau sedar. Walaupun di sebelah isteri cantik, setidak-tidaknya beliau mulai faham kenapa rakyat membantah dan menyuarakan tidak puas hati.

Yang Perdana Menteri dan menteri-menteri seangkatan dengannya tu bila pulak nak sedar?
Mungkin Perdana Menteri selepas berhenti nanti baru memahami apa sebenarnya kehendak rakyat.

Tapi menteri kaya macam Ir. Mohd Zin mungkin tidak akan merasa apa-apa kerana duit melimpah-limpah.

Setakat bayar tol tak heran, buat tol pun boleh kalau mahu.

No comments: