Sunday, December 21, 2008

NIK AZIZ SUDAH HILANG ‘KERAMAT’

Kebimbangan mula terpancar bahawa cakap Nik Aziz tidak lagi laku.
Cakap beliau yang sebelum ini dipatuhi dalam PAS tidak lagi ‘keramat’. Golongan muda dalam PAS pun sudah mempertikaikan cakap dan pandangannya!

Menurut penulis menggelarkan dirinya, allahummahdina, Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) boleh bersuara apatah lagi sebagai Mursyidul Am PAS. Pemuda PAS Terengganu juga boleh bersuara dan sesiapa saja boleh mencalonkan sesiapa. Lagi banyak lagi elok sehingga tapisan dapat dibuat dengan lebih berhati-hati.

Tapi saya merasakan Tuan Guru boleh mencalonkan Mat Sabu di atas lidah pesuruhjaya PAS Kelantan bukannya kenyataan peribadi. Agak2nya apakah kesan bila beliau bercakap atas dasar pandangan peribadi.

Bagi saya pertamanya, musuh boleh memainkan isu apabila keputusan memilih calon bukannya Mat Sabu. Mereka akan berkata Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah dibelakangkan. Sudah ada yang yang mahu mengikut Tuan Guru Nik Aziz tanpa melihat reality.

Sedangkan sebagai orang Islam yang matang kita mengambil pendapat mengikut hujah dan syura dalam perkara tiada nas. Kita boleh mengikut imam Syafei atau Hanafi dan lain lain. Begitulah juga dalam perkara ini.

Menurut postingnya kepada tranungkite bertajuk ‘Apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz memilih Mat Sabu’ pada Khamis 11 Disember lalu, beliau menyatakan, keduannya kalaulah Mat Sabu jadi calon lalu menang Mat Sabu. Ia boleh menjadi ancaman akidah kepada orang2 yang fanatik kepada Tuan Guru Nik Aziz. Mereka akan berkata kita menang kerana ikut cakap Tuan Guru Nik Aziz.

Mereka lupa bahawa yang memenangkan mereka ialah Allah. Tidakkah tentera Rasul saw kalah pada perang Hunain kerana mereka merasakan mereka kuat. Mereka tidak akan dikalahkan lagi. Mereka lupa untuk bergantung kepada Allah taala. Begitulah juga apa yang berlaku pada zaman sahabat ra. Tidakkah Saidina Umar ra telah memecat Khalid ra kerana bimbang orang akan berkata Islam menang disebabkan Khalid bukannya pertolongan Allah. Saya harap perkara ini tidak berlaku keatas penyokong dan pendokong PAS.

Ketiganya kalaulah Mat Sabu kalah bertanding akan ada orang yang berkata kamu kalah kerana kamu tak ikut cakap Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Sedangkan kekalahan itu kerana tentera kita yang kurang bersedia menghadapi musuh atau tak tahu membaca musuh atau mungkin ianya tapisan Allah bagi memantapkan lagi perjuangan ini. Bukan sebab tak ikut cakap Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Saya harapkan segala tentera kita yang pergi berperang di jalan Allah di Kuala Terengganu nanti sentiasalah dipermulaan, dipertengahan dan di akhiran langkah membasahkan lidah mereka dengan zikir2, doa2, solat malam dan yakin pada pertolongan Allah taala.

Jadi kesimpulannya jangan ambil Mat Sabu kerana Tuan Guru sudah mencadangkannya di kalayak umum dan satu lagi kepada Mat Sabu tolak jelah tawaran untuk menjadi calon prk kerana beramal dengan kaedah feqh sadduz zara i’.

Segala yang baik sama2lah kita bersyukur dan mana2 kesalahan sama2 kita beristighfar.

No comments: